CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baju Dikutuk Tak Sesuai, Lincah Sangat Menari Sampai Terdedah Aurat Lengan Shila Amzah

15-11-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6591| Komen: 77

Aksi lincah Shila Amzah di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad lalu membuatkan ada peminat kurang senang kerana merasakan persembahannya tidak sesuai dengan imej bertudung.


Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 32, berkata, apa ditonjolkan adalah gambaran sebenar peribadinya selain perlu memberikan yang terbaik pada peringkat suku akhir pertandingan.

“Lagu itu memerlukan saya untuk sedikit agresif tapi sebenarnya itulah saya jika di luar pentas.

“Lagipun ini sudah suku akhir, saya tak boleh nak simpan lagi. Sebab itu kena buat sehabis baik. Apa sahaja keputusan pada malam itu, saya kena puaskan diri sendiri dahulu,” katanya kepada mStar.


Foto: mStar


Shila yang menyampaikan lagu berjudul Survivor berjaya mendapat markah tertinggi daripada juri profesional sekali gus diumumkan sebagai peserta pertama mara ke peringkat separuh akhir.

Bukan hanya tarian, bahagian lengan pakaian Shila yang terdedah pada hujung persembahan turut menjadi bualan ramai sehingga ada menuduh penata rias penyanyi itu tidak peka.

Menceritakan hal sebenar, kata Shila terdapat perubahan pada pemilihan pakaian di saat akhir disebabkan baju asal tidak sesuai dengan konsep persembahan.


Foto: mStar

“Wardrobe malfunction biasa terjadi dalam kalangan penyanyi ketika membuat persembahan di atas pentas.

"Saya sendiri tidak boleh jangka ia terjadi malah saya juga tak sangka boleh menari lincah di atas pentas ketika itu.

“Saya bersama pasukan penata gaya terpaksa menukar baju di saat akhir kerana mahu ikut konsep persembahan. Sepatutnya saya lebih peka dan boleh pin dengan rapi sebelum naik ke atas pentas.

“Perkara sebegini mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Dalam masa sama ini juga cara saya memperbaiki diri dengan mengambil kira semua teguran peminat,” ujarnya.

Foto: mStar

Meskipun mendapat markah tertinggi menerusi persembahan tersebut, Shila bagaimana tidak berpuas hati dengan kualiti vokal sendiri dan memberitahu dia terganggu dek kekurangan rehat.

“Beberapa hari lalu saya susah nak tidur kerana terlalu banyak perkara dalam fikiran. Bukan hanya soal persembahan di pentas suku akhir GV9, semi final Muzik-Muzik 37 juga semakin hampir.

“Otak saya tak henti berfikir sehingga ganggu waktu tidur. Tambahan pula dengan jadual latihan. Saya sedar kualiti vokal kurang memuaskan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 15-11-2022 11:28 AM
benda boleh jangka. Iols rasa sheols pon tak berapa kisah. Why bother3x
Quote uda 15-11-2022 11:31 AM
Takda kerja lain netizen ni selain drp memerhatikan aurat orang lain
Quote ashilalat 15-11-2022 11:31 AM
Aurat lantak pi lah. Tp gemok is shilalat
Quote akuMNdia 15-11-2022 12:17 PM
artis... what do you expect?
Quote arffa 15-11-2022 12:25 PM
tapi malam tu aku suka betul performance shila amzah
Quote cicicumel 15-11-2022 12:29 PM
Dulu terasa pelik tgk retis bertudung menari lincah. Skrg dah dinormalisasi kaedahnya... Mengalahkan retis free hair. Cuma serkup kepala. Gittew.
Quote kakJOYah 15-11-2022 12:32 PM
rimas betul la orang yang jadi polis aurat nih, macam la dia bertudung litup tutup habis dengan cadar
nama pun artis, bukannya ustazah
Quote ACC106 15-11-2022 12:34 PM
Nampak SA kurus sikit sejak masuk GV ni
Quote annadonna 15-11-2022 12:41 PM
Edited by annadonna at 15-11-2022 12:43 PM

Iols nampak je kak lina kepom slowly curi curi naikkan inner shila cover tangan dia waktu bunda bagi komen. Waktu tu iols dah nampak tangan dia exposed tapi buat apa nak dibising bisingkan. Sibuk je acik acik kepam sikit sikit aurat sikit sikit aurat. Tapi dada puad korang teringin.
Quote Nizleen86 15-11-2022 12:44 PM
Bukan baju SA ni yg patut dirisaukan kan. Iols lagi risau dengan baju TokNaz malam tu. Terbeliak mata Haji Nabil.
Quote enchante78 15-11-2022 12:50 PM
Apalah netizens ni, kita pun tak perasan. Ok je baju Shila tu.
Quote nadie90 15-11-2022 12:59 PM
cicicumel replied at 15-11-2022 04:29 AM
Dulu terasa pelik tgk retis bertudung menari lincah. Skrg dah dinormalisasi kaedahnya... Mengalahkan ...

Ntahlah.....wlpun dah ramai artis skg bertudung/pakai serkup, buat mcm2 fesyen lilit tudung, dan perform sambil menari tapi tetap xnampak STYLE pun #titik
Quote clarizsa 15-11-2022 01:00 PM
Lawa je baju dia
Dah nama pun artis
Ada la nampak imej nakal2 skit baju cmtu
Sesuai je dgn lagu
Quote red_velvet 15-11-2022 01:05 PM
Netizen terlalu sempurna agaknya. Tak pernah tak pakai handsock, tudung labuh sampai lutut, pakai stokin, jalan tipok2 sipu2 malu2... . alahai... Kalau jenis yang suka condemn bab aurat ni aku suka stalk profile diorang.. hmm 2x5 jugak lah . Yg jantan gambar  pakai seluar pendek, hisap rokok, ..gambar bini, mak, adik beradik pun takde la berlitup khemah pun .. yang pompuan tudung selimpang, baju ketat, stokin pun x pakai.. tapi condemn org macam diri sendiri da confirm masuk syurga... Menyampah
Quote talapia 15-11-2022 01:20 PM
annadonna replied at 15-11-2022 12:41 PM
Iols nampak je kak lina kepom slowly curi curi naikkan inner shila cover tangan dia waktu bunda bagi ...

nampak dia bisik2 ngan pegang2 Shila.. adala tu dia tlg cover2 kot. Suka Kak Lina buat mcm tu. Nampak dia care. Walaupun dia sendiri tak bertudung.. tapi dia peka dengan imej kawan2 atas pentas. Aku rasa kalau rambut Shila terjurai keluar selai dari serkup pon Kak Lina cuba cover gamaknya
Quote Mata.kucing 15-11-2022 01:22 PM
xpe shila ambek positif jer hat negatip tuh p mamposla stress penyebab pelbagai penyakit nti
Quote bottompro 15-11-2022 01:31 PM
Gundu nya sheols. Mohon laa kuruskan badan balik.
Quote bottompro 15-11-2022 01:31 PM
Dah nk dekat 50 masih langsing, wangi dan bergaya
Quote myvi132806 15-11-2022 01:40 PM
si gundu ni penyanyi hebat yerr ..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.300729 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top