CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Remaja Diburu Tetak Aligator Sampai Mati Lepas Tersekat Pada Tali Pancing

15-11-2022 06:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1102| Komen: 7

Polis melancarkan siasatan ke atas sebuah video tular yang memaparkan insiden seorang remaja menyerang dan membunuh seekor aligator menggunakan sebilah parang di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Berdasarkan video tersebut, remaja memakai seluar pendek dan hoodie berwarna biru itu menetak kepala aligator berkenaan.


NBC

Dalam masa sama, perakam video tersebut didengari ketawa sepanjang insiden itu.

Aligator tersebut dilihat dalam keadaan berdarah selepas tetakan pertama di mana ia sebelum itu tersekat pada tali pancing.


Reptilia itu kemudian mati selepas ditetak kali kedua dan polis kini memburu dua remaja terbabit.

Seorang pengendali reptilia di daerah Lee, Alex Link, menggelar serangan itu sebagai ‘kekejaman tanpa sebab’.

“Kekejaman itu dilakukan tanpa sebab, di mana aligator itu secara tidak sengaja tersekat ketika mereka memancing.

“Terdapat cara betul untuk melepaskan haiwan itu daripada tali pancing, justeru, penyeksaan tersebut dilakukan tanpa sebab,” katanya.



Tambah Link, cara remaja tersebut menyeksa aligator itu menggunakan parang merupakan satu tindakan jenayah.

“Anda berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun serta beberapa denda serius. 

“Ia diklasifikasikan sebagai pemburuan haram kerana mereka membunuh aligator itu,” ujarnya.

Siasatan masih berjalan dan identiti kedua-dua remaja itu masih belum dapat dikenal pasti.


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-11-2022 09:19 AM
That alligator was at wrong place at the wrong time.
Poor gator
Quote Mooverine 15-11-2022 09:57 AM
Contoh manusia buduh.. jangan hairan lah one day dua orang tu atau ahli keluarga mereka mati dikokak alligator..
Quote kakikuDibibirmu 15-11-2022 09:59 AM
Kan dah kena penampar bomoh buaya

158_copy_1024x1024.png
Quote jalfa 15-11-2022 10:09 AM
Kat sana x de yg kena kokak buaya kot.kalo kat malaysia hampir tiap bulan ada yg kena
Quote mizruncing 15-11-2022 10:32 AM
aku plak scary tgk
Quote Dwdrum 15-11-2022 10:32 AM
Patut nya ko catch aligator buat BBQ dik...
Quote Supersirap 15-11-2022 10:36 AM
Janganlah kita sesekali menyeksa binatang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.893050 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top