CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Notis, Poster Larangan Guna Telefon Bimbit Akan Diletak Di Luar Dan Dalam Tempat Mengundi

15-11-2022 06:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 835| Komen: 2

Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan di sini malam ini memaklumkan pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan gajet itu di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula selepas selesai mengundi.



"Pelaksanaan tatacara pengundian baharu ini boleh dirujuk menerusi poster 'Tatacara 10 Langkah Pengundian' yang menjelaskan proses pengundian sepenuhnya dan maklumat lanjut juga telah dimuat naik di laman Facebook, Instagram dan Twitter SPR," menurut kenyataan itu.


Sebagai peringatan, notis dan poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletak di luar dan di dalam tempat mengundi.

SPR turut mengingatkan tanggungjawab orang yang dibenarkan hadir dalam urusan berkaitan pilihan raya untuk memelihara kerahsiaan maklumat pengundian sebagaimana termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR menyeru semua pengundi untuk mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ketika berada di tempat mengundi (saluran)," katanya.

SPR menetapkan 19 Nov sebagai hari mengundi bagi PRU15 manakala, pengundian awal berlangsung esok.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 15-11-2022 10:19 AM
Rahsia apa ke benda, jamal jamban selamba je upload kertas undi awal xde tindakan pun
Quote mizruncing 15-11-2022 10:32 AM
alaa tak boleh up story haha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.042725 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top