CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bazir Wang Rakyat, Bila MPN Nak Dibubar?'

14-11-2022 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1165| Komen: 9

Sudah tiba masanya Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan dan berhenti daripada membazirkan wang rakyat.

Menurut Chester Lim, majlis yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak mempunyai apa-apa fungsi.



Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 14 JUN 2022.

Malah majlis itu juga tidak berfungsi seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC).

Tambahnya, sehingga ke hari ini, MPN tidak pernah mengeluarkan walau satu laporan sekali pun.


“Memberikan jawatan Pengerusi kepada Muhyiddin sama seperti memberi ganjaran kepada seorang yang tidak berguna supaya beliau masih memiliki status menteri,” katanya dalam surat pembaca FMT.

Menurut Chester, pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama sehingga ke tiga amat baik tahun ini.

Malah KDNK suku ketiga merekodkan pertumbuhan lebih 14 peratus dan ekonomi berjaya dipulihkan tanpa bantuan MPN.

Katanya, rakyat Malaysia mahu penyata akaun yang menunjukkan kos yang dikeluarkan untuk menanggung MPN dan output yang diberikan oleh majlis berkenaan


Sumber: MalaysiaGazette





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 14-11-2022 11:52 PM
Btol tuh.. ape progress. Nk jugak tau.
Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 12:18 AM
Telur pun xmampu uruskan harga barang naik. Pemulihan apa tu??
Quote mizruncing 15-11-2022 10:34 AM
tuh laa aku mgharapkan abah naik. tp tgk mcm2 benda yg tak patut dia buat jd mcm ntah laa apa laa nk jadi ngan ekonomi negara kita klu dia terus pegang. nampak bijak tapi lambat bertindak mcm pak mail
Quote kakikuDibibirmu 15-11-2022 10:36 AM
mizruncing replied at 15-11-2022 10:34 AM
tuh laa aku mgharapkan abah naik. tp tgk mcm2 benda yg tak patut dia buat jd mcm ntah laa apa laa nk ...

Dah bersedia nak lockdown dan kibarkan bendera putih ke?
Quote kitmal 15-11-2022 10:58 PM
setuju..buat habiskan beras saja..satu pun tak nampak..
Quote Kitty_catz 16-11-2022 08:36 AM
mmg pun.. tataw apa fungsi.. mcm sekdar nk pacify moo pass the batton je hari tu

gomen baru ni harap tolong la kurangkan sekali menteri2 tu smer.. kurang je tinggal 25-30 org cukup

nak sampai 70++ buat ngabehkan borehhh jah... tu blom lantikan politaik lagi

Quote Bedah.Cun 16-11-2022 08:41 AM
MITRA, Jabatan Tamil dalam JPM tu fungsi untuk apa? Tamil Nadu pun hak asasi ngkaw, luar negara pun hak asasi ngkaw.
Quote doubleharmonic 16-11-2022 01:01 PM
kepam nya acik rambut karat sebelah yidin tuhhhh
Quote Kak-Rohana 16-11-2022 02:35 PM
Dah tak hantor sms ke dek, bajet burst ke tu dek?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.831471 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top