CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Pilih Kasih, Anak Presiden Indonesia Pun Kena Bayar Sewa Lokasi Shooting Praperkahwinan

14-11-2022 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1254| Komen: 6

Meskipun yang bakal berkahwin adalah adiknya sendiri, Gabenor Kota Solo, Gibran Rakabuming Raka tetap akan meminta Kaesang Pangarep membayar sewa tempat fotografi praperkahwinannya.



IG Kaesang

Terdahulu, Kaesang dan bakal isterinya, Erina Gudono melakukan sesi fotografi praperkahwinan di Stadium Manahan, Solo, Jawa tengah.


IG Kaesang


Stadium itu terletak di bawah kelolaan kerajaan tempatan Solo.

Sehubungan itu, Gibran menetapkan Kaesang masih perlu membayar sewa untuk menggunakan stadium tersebut sebagai lokasi penggambaran praperkahwinannya.



Gibran memberitahu, beliau akan mengarahkan Jabatan Belia dan Sukan Solo untuk mengenakan bayaran sewa kepada Kaesang.

“Biarpun Kaesang itu adik saya, namun itu tidak menjadikan dia istimewa sehingga tidak perlu membayar sewa lokasi fotografi.



“Seperti orang lain, mereka juga perlu melalui prosedur yang sama,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Kaesang dan Erina dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 10 Disember ini di Yogyakarta.


Sumber: Utusan






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 14-11-2022 10:39 PM
Ooo anak jokowi rupanya..mak dia la yg jatuh kat thread sebelah tu. Kat Indo pun boleh dapat  jawatan anak beranak jugak kan. Ingat kat tanah air je macam tu.
Quote pittjie 15-11-2022 10:28 AM
Nizleen86 replied at 14-11-2022 10:39 PM
Ooo anak jokowi rupanya..mak dia la yg jatuh kat thread sebelah tu. Kat Indo pun boleh dapat  jawata ...

bukan anak jokowi. adik gabenor solo. ayat kat tajuk tu maksudnya ... anak president kalau shooting kat situ pun kena bayar .. apa lagi kau .. setakat adik gabenor. gitu.

Quote Dwdrum 15-11-2022 10:45 AM
Pre wedding photography pakai jersey saja?...selepas kahwin boleh buat... Apa apa saja lah orang muda...
Quote Nizleen86 15-11-2022 12:18 PM
pittjie replied at 15-11-2022 10:28 AM
bukan anak jokowi. adik gabenor solo. ayat kat tajuk tu maksudnya ... anak president kalau shooting ...


Dia memang anak jokowi you. Kedua2 diatas adalah anak presiden indo. Cuba google. Tu la yang iols maksudkan anak presiden indo pun boleh ada jawatan anak beranak cthnya as gabernur solo ni lah
Quote pittjie 15-11-2022 02:32 PM
Nizleen86 replied at 15-11-2022 12:18 PM
Dia memang anak jokowi you. Kedua2 diatas adalah anak presiden indo. Cuba google. Tu la yang iols  ...

ooo ye la. lepas menggoogle baru tau. . ingatkan anak jokowi muda2 lagi.

Quote boo09 18-12-2024 08:24 AM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037164 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top