CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zeera Azizi Kesal Dituduh Buat Perkara Tak Elok Untuk Dapatkan Tiket Konsert Noah

14-11-2022 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4489| Komen: 34

Zeera Azizi tidak menyangka tindakan menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram Ariel berhubung tiket konsert kumpulan Noah pada Sabtu lalu mendapat respons penyanyi itu.


Zeera atau Nurazeera Azizi, 26, berkata, Ariel memberinya tiga tiket jemputan khas di mana dia dapat menonton konsert serta bertemu Noah di belakang pentas.


IG Zeera

"Pada mulanya saya tidak mahu lagi membeli tiket kerana bimbang ketika tarikh konsert saya perlu bertugas namun selepas mendapat jadual kerja, kebetulan saya cuti tetapi tiket pula sudah sold out.

"Memang sudah tertulis rezeki saya agaknya. Saya sebenarnya cuba nasib sahaja. Tak sangka Ariel beri tiga tiket 'Guest' di mana dapat menonton konsert dan bertemu mereka di belakang pentas.



IG Zeera

"Saya cuba-cuba sahaja menghantar DM kepada Ariel, itu pun pada petang hari konsert dan memang tak sangka Ariel membalas dan memberi tiket," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon yang kini seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan memberitahu itu bukan kali pertama mereka berinteraksi di Instagram.


IG Zeera

Sebaliknya, mereka pernah berkomunikasi sekitar dua tahun lalu selepas dia membuat video lagu cover Menghapus Jejakmu nyanyian kumpulan Noah.

Tanpa diduga, nyanyiannya itu mendapat perhatian Ariel atau Nazril Irham, 41, yang membalas mesej dihantar kepadanya.



"Sebenarnya masa tempoh PKP pada 2020 saya memang pernah berkomunikasi dengannya di Instagram dan tidak menyangka Ariel membalas DM dengan mengatakan 'Cheers for us'. Sejak itu, saya ada juga berinteraksi dengannya di Instastory," jelasnya.




IG Zeera

Sementara itu, Zeera menyangkal dakwaan netizen mengatakan dia menerima tiket tersebut disebabkan 'ada udang di sebalik batu' dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif.

Malah Zeera turut bimbang jika Ariel membaca komen-komen tersebut sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap sikap rakyat Malaysia.

"Sedih saya baca komen netizen yang kata bukan-bukan. Ada yang kata saya guna kabel, ada pula tuduh saya buat perkara tak elok demi dapatkan tiket.

"Saya harap netizen fikir dulu sebelum berkata-kata," ujarnya.

Untuk rekod, Zeera sebelum ini pernah membintangi beberapa buah drama seperti Setelah Terlafaznya Akad, Love Elsa dan Jiwa Wanita.


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 14-11-2022 09:50 PM
iols pegi konsert ni, YOLO ni serius tak layak jd organizer concert....
Quote I.K.A888990 14-11-2022 10:19 PM
seronokla kamu
Quote Nizleen86 14-11-2022 10:44 PM
Yela yang komen tu cantik, stewardess, retis pulak tu. Cuba kalau acik2 gundu yg komen minta free tiket? Harus di scroll kan je lah
Quote jejaka_hensem 14-11-2022 10:49 PM
Nak try dm bunga,mana tau dpt free tiket utk konsert next year
Quote LadyCarefree 14-11-2022 11:13 PM
jejaka_hensem replied at 14-11-2022 09:49 PM
Nak try dm bunga,mana tau dpt free tiket utk konsert next year

semoga berjaya. tp kena buat cover lagu dia dulu.
Quote jejaka_hensem 14-11-2022 11:42 PM
LadyCarefree replied at 14-11-2022 11:13 PM
semoga berjaya. tp kena buat cover lagu dia dulu.

Tq sis.
Quote lovelytouch 14-11-2022 11:57 PM
Orix replied at 14-11-2022 09:50 PM
iols pegi konsert ni, YOLO ni serius tak layak jd organizer concert....

Story sikit sis
Quote Suchi 15-11-2022 12:31 AM
Edited by Suchi at 15-11-2022 05:54 AM
Nizleen86 replied at 14-11-2022 10:44 PM
Yela yang komen tu cantik, stewardess, retis pulak tu. Cuba kalau acik2 gundu yg komen minta free ti ...


Kann.. itulah ‘cable’ yg dimaksudkan

Dasar lelaki emangnya kalau dgn perempuan muda cantik laju je nak reply DM bagai walaupun dia retis pemes yg bizi doplohpatjam dan biasanya tak sempat nk balas DM peminat.
Quote Orix 15-11-2022 01:34 AM
lovelytouch replied at 14-11-2022 11:57 PM
Story sikit sis

Haukkkkkkkkkkkkkkkkkk…………… Caca marba, crew terjerit sana sini entahh laaa… dekat IG yolo tu ramai je tgah meroyan…
Quote Honey_Inara 15-11-2022 07:43 AM
Sedap nama sebenar ariel.. nazril irham.. macam nama hero novel2 melayu hero akasia..
Quote annadonna 15-11-2022 07:51 AM
Habis tu, bak kata sajat cantikkanlah diri. Kalau gemuk dikuruskan, kalau menggerutu dilicinkan, kalau jongang diluruskan. Ini sudahlah gundu, meroyan pulak nengok orang yg cantik manis dapat tiket.
Quote September14 15-11-2022 08:23 AM
Klu boleh guna kecantikan utk dpt apa kita nak why not kan? Xyh nak dengki sgt la acik kepam.
Quote kakigojes 15-11-2022 08:25 AM
Edited by kakigojes at 15-11-2022 08:30 AM

Ok.. untung cuba DM, dapat reply..
Quote kamexkame 15-11-2022 09:37 AM
Orix replied at 15-11-2022 01:34 AM
Haukkkkkkkkkkkkkkkkkk…………… Caca marba, crew terjerit sana sini entahh laaa… dekat IG yolo tu ...

Seriously.
Ptt la masa nak beli tiket pon cam haram sistem dia.
Quote enchante78 15-11-2022 09:38 AM
September14 replied at 15-11-2022 08:23 AM
Klu boleh guna kecantikan utk dpt apa kita nak why not kan? Xyh nak dengki sgt la acik kepam.

If you have it, flaunt it gitu.
I rasa dia pun cuma trying her luck dm for tickets.
Rezeki dia lah dapat.
Quote Orix 15-11-2022 10:47 AM
kamexkame replied at 15-11-2022 09:37 AM
Seriously.
Ptt la masa nak beli tiket pon cam haram sistem dia.

Serious. Crew diorg sangat kurg ajar jerit2 kt kitorg.... daripada ticketing system sampai lah ke hari konsert, organizer YOLO tu haukkkkkkkkkkk to the maxxxx......... Siapa2 yg nak pergi mana2 konsert kalau tgok organizer dia YOLO korg fikir baik2 la.... herlok lagi iman tang tu jd organizer drpd lehnet YOLO ni... nak kata xde pengalaman, si haniff hamzah tu brp tahun join media, jd DJ, takkan tak reti arrange
Quote kamexkame 15-11-2022 11:47 AM
Orix replied at 15-11-2022 10:47 AM
Serious. Crew diorg sangat kurg ajar jerit2 kt kitorg.... daripada ticketing system sampai lah ke  ...

Gila laa. Memalukan jerrrr
Haritu dewa bagus gila yaaa crew semua..semua tip top laaa wlpn event lg super besar.. terkawal and 10% puas hati..
Terbaik la si iman tang tu.
I hope noah buat reunion as peterpan next time. And amik iman tang ni organizer
Quote hotmak 15-11-2022 12:59 PM
Orix replied at 14-11-2022 09:50 PM
iols pegi konsert ni, YOLO ni serius tak layak jd organizer concert....

tak layak nape u, nampak ada org tulis konsert paling singkat dia pernah pergi, dlm 12 lagu je katanya
Quote shernazz 15-11-2022 01:09 PM
Iols baca komen..
Siap kata zeera azizi bakal model.video clip seterusnya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.290857 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top