CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Size Does Not Matter, 'Godzilla' Lawan Anwar Di Tambun

14-11-2022 09:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1442| Komen: 9

Kreativiti parti-parti bertanding dalam berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) khususnya di kerusi Parlimen Tambun nyata mencuri tumpuan.

Terbaharu, poster seekor raksasa dengan tulisan tertera 'ingatkan Godzilla, chor #AyorBukanAyaq' yang dipasang di Jalan Tambun, di sini turut menarik perhatian pengguna jalan raya.


Poster 'Godzilla' yang dipasang di Pekan Tambun, di sini mencuri tumpuan.

Poster tersebut dipercayai menyindir poster gergasi yang dipasang tertera gambar calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim di beberapa lokasi di sekitar Parlimen berkenaan.

Malah, di Jalan Tambun menghala ke Pusat Bandar raya Ipoh juga dipasang iklan yang tertera perkataan size does not matter (saiz bukan penting).


Salah satu iklan yang mencuri tumpuan dipasang di Jalan Tambun menghala Pusat Bandar Raya Ipoh.

Pemasangan poster yang menyindir itu bukanlah pertama kali apabila sebelum ini poster Ayor Bukan Ayaq yang merupakan slogan diperkenalkan calon Perikatan Nasional (PN) Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam respons mengenai poster gergasi yang dipasang Anwar, Ahmad Faizal menyatakan dirinya tidak memerlukan bantuan bahan kempen seperti itu kerana penduduk Tambun sudah mengenalinya.

Jelasnya, usaha seperti itu diperlukan Anwar untuk memperkenalkan diri kerana pemimpin itu bukan orang tempatan.


Poster bersaiz gergasi yang dipasang di Jalan Tambun, di sini sempena kempen PRU15.

Sementara, calon BN bagi kerusi Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah menzahirkan kebimbangan terhadap perang poster gergasi berkenaan boleh membahayakan orang awam.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau kewujudan poster-poster gergasi berkenaan kerana dikhuatiri berisiko untuk jatuh atau tumbang memandangkan ketika ini musim hujan berserta angin kuat.

Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail yang memberi maklum balas mengenai perkara tersebut pada Ahad memaklumkan, saiz poster bukan isu asalkan tertera nama penerbit dan tidak dipasang di lokasi yang membahayakan orang awam.

Menurutnya, setiap hari Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya memantau aktiviti dan bahan-bahan kempen yang digunakan calon bertanding.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 14-11-2022 10:49 PM
Edited by Goodluckdontcry at 14-11-2022 10:51 PM

Blhla letak gambar ultraman pula.. ultraman taro.. ultraman aide.. ultraman tiga.. ultraman nexus.. ultraman nefflix pun boleh.. kehkehkeh

Dah ada raksasa..maka kenelah ada ultraman..tp pastikan didada ultraman, letak lampu mentol yg xmalap2, supaya ultraman boleh melawan dan bergomol dgn 2 ekor raksasa gergasi dgn cemerlang..gemilang terbilang... terutamanya raksasa yg berwajah nuart brahim..
Quote Mulotkoyak 14-11-2022 11:57 PM
Mak lampir jenuh lari
Quote Highflyer19 15-11-2022 09:02 AM
Perlukah pm tepi mempunyai poster sebegitu besar...bukankah dah terkenal seantero dunia...
Quote BeskotCekelat 15-11-2022 09:10 AM
Goodluckdontcry replied at 14-11-2022 10:49 PM
Blhla letak gambar ultraman pula.. ultraman taro.. ultraman aide.. ultraman tiga.. ultraman nexus..  ...

Godzilla lawan dia King Kong, bukan Ultraman
Quote caprut 15-11-2022 09:13 AM
Highflyer19 replied at 15-11-2022 09:02 AM
Perlukah pm tepi mempunyai poster sebegitu besar...bukankah dah terkenal seantero dunia...

Orang pon kenal artis tp brsepah je poster dorang bersepah dkt billboard bagai. Kang ckp bodoh terkebil2 tk percaya diri tu bodoh
Quote Nurdianah 15-11-2022 09:17 AM

Quote kakikuDibibirmu 15-11-2022 10:15 AM














Quote KamikuP 15-11-2022 10:43 AM
Yg untong tokey buat banner khuenzz.. ekekeke
Quote boo09 18-12-2024 08:24 AM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.220493 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top