CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PDRM Siasat Kenyataan Zul Huzaimy Untuk ‘Sembelih Kafir Harbi’

14-11-2022 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1446| Komen: 11

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan berhubung kenyataan didakwa berbaur perkauman dan ugutan menerusi video melibatkan pelakon Zul Huzaimy hingga menimbulkan kemarahan ramai. 


Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin mengesahkan siasatan dibuka di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


IG/TikTok

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berkaitan video tersebut dan siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. 


“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, pelakon berusia 43 tahun yang turut dikenali sebagai Spark tampil membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Permohonan maaf itu dimuat naik dalam satu video di Instagram miliknya yang berdurasi tiga minit 21 saat pada awal pagi tadi.

Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar, bukan memberi gambaran atau berbaur perkauman.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 44 saat oleh pelakon tersebut yang dirakam dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.




Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 14-11-2022 09:50 PM
Berat nanang natang ni..
Quote printercomel 14-11-2022 09:53 PM
Kafir harbi ni org kapir yang jahat menentang Islam.

Yang kat negara ni semua baik baik tak jahat tak menentang Islam kan? So so why bother
Quote lemanusopp 15-11-2022 01:41 AM
Bila artis bersuara...ni la jadinya
Quote tumpanglalu74 15-11-2022 01:42 AM
Mase kecik kelas belakang ke ape ni?
Quote pyropura 15-11-2022 02:15 AM
Harbi tu parti cino geng lobai ler. Tak buat homework ke sebelum cakap?
Harbi tu parti cino geng lobai ler. Tak buat homework ke sebelum cakap?



Quote jejaka_hensem 15-11-2022 02:16 AM
Ini baru berkempen,dah menang esok habis kaum wanita berlitup nampak mata je
Camne nak tengok drama akasia tv3 pkul 7 ptg lagi kalau heroin nmpk mata je
Quote Nurdianah 15-11-2022 08:49 AM
Edited by Nurdianah at 15-11-2022 08:52 AM

Quote Nnasda53 15-11-2022 09:33 AM
Dia terlupa parti yang dia sokong masa cakap tu ada gabungan kapir juga.
Meratib sampai terlupa gamaknya
Quote KamikuP 15-11-2022 11:12 AM
Manakala kafir harbi dalam ketakutan mcm LGE
Quote printercomel 15-11-2022 07:35 PM
Nokiaman replied at 15-11-2022 01:17 AM
Sebaiknya..sembelih je mak bapak kamu.. Biar jahanam di neraka

Harbi detected? ????????

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040445 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top