CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hong Kong Kesal Lagu Salah Berkumandang Pada Kejohanan Ragbi Di Korea Selatan

14-11-2022 08:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 672| Komen: 3

Kerajaan Hong Kong mengarahkan siasatan terperinci dijalankan berhubung insiden kesilapan pada lagu kebangsaan yang dipasang untuk pasukan bandar itu pada kejohanan ragbi tujuh sebelah di Korea Selatan.


Lagu kebangsaan China sepatutnya berkumandang sebelum pasukan Hong Kong menentang Korea Selatan dalam perlawanan akhir Siri Ragbi Tujuh Sebelah Asia di Incheon semalam, sebaliknya lagu ‘Glory to Hong Kong’ pula dimainkan.



Lagu berkenaan dianggap sebagai lagu tidak rasmi gerakan pro-demokrasi 2019 dan kerajaan bandar itu amat kesal dan jelas kecewa apabila lagu yang dikaitkan dengan protes ganas tersebut dimainkan dalam perlawanan itu.


Walaupun pegawai Hong Kong tidak menamakan lagu itu, video adegan perlawanan semalam telah dikongsi secara meluas dalam talian.

Lagu itu boleh didengari sebelum perlawanan antara Hong Kong dan Korea Selatan tetapi para pemain kelihatan tidak bertindak balas terhadap lagu itu.

Pasukan Hong Kong menyedari kesilapan itu dan lagu kebangsaan China, March of the Volunteers, dimainkan semasa majlis penyampaian hadiah selepas Hong Kong memenangi perlawanan akhir.

Seorang jurucakap kerajaan berkata, pihaknya telah menulis surat kepada Kesatuan Ragbi Hong Kong kelmarin menuntut mereka menangani perkara itu dengan serius dan melancarkan siasatan penuh dan terperinci berhubung kesilapan itu.

Dalam pada itu, penganjur berkata, insiden itu disebabkan kesilapan manusia oleh kakitangan baharu pihaknya dan satu kenyataan kerajaan menjelaskan, jurulatih pasukan Hong Kong telah menghantar lagu yang betul untuk acara itu.

Wakil pengajuran Asia Rugby kemudian membuat permohonan maaf dan memberi jaminan kesilapan sedemikian tidak akan berlaku lagi.


Sumber: Utusan






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 14-11-2022 09:45 PM
Sekurangnya lps pemain dgr lagu tu..terus bersemangat lain macam..akhirnya jd juara..so?? Halal beralal je la.. kehkehkeh
Quote doubleharmonic 15-11-2022 03:49 PM
selangor pon dah elok ada lagu sendiri yang sedap tiberr kat korus boleh pulak ada terselit bn ko ghaserr dekk?

[youtube]nQLb_0S3TR4[/youtube]

Quote boo09 18-12-2024 08:24 AM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.164500 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top