CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon BN Parlimen Kota Belud Nak Wujudkan Bandar Baru

14-11-2022 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 519| Komen: 2

Calon BN Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bercadang untuk mewujudkan bandar baharu di Kota Belud.

Beliau berkata, bandar baharu itu akan diwujudkan di Kampung Kesapang Tempasuk iaitu di kawasan yang turut dibina sebuah Politeknik.

"Terdapat 150 kedai baharu (akan dibina) sebab ada permintaan dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang akan ada di situ.


FB

"Jadi bandar baharu itu adalah satu perkara yang patut kita buat selepas pembinaan Politeknik," katanya kepada pemberita selepas program pertemuan bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Kampung Malangkap di sini pada Isnin.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembangunan yang akan dibawa ke Kota Belud jika berjaya menawan Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Abdul Rahman yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, cadangan itu adalah bagi mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat di Kota Belud.

"Bukan saja untuk kurangkan kesesakan lalu lintas tetapi juga memberikan peluang pekerjaan.

"Kalau 150 kedai perlukan 10 pekerja, bermakna 1,500 pekerjaan baharu dapat diwujudkan. Jadi di situ keadaan ekonomi akan berlaku," katanya.

Ditanya mengenai gerak kerja beliau sepanjang 10 hari berkempen, Abdul Rahman yang kini sudah hampir kehilangan suaranya memaklumkan beliau akan terus bertahan sehingga hari terakhir bagi memenangkan BN di kawasan Parlimen Kota Belud.

"Saya akan guna bahasa isyarat (disebabkan suaranya yang serak), saya harap esok suara Okay. Semalam hujan lebat jadi saya kena berucap dengan suara yang kuat sebab ramai orang di depan saya dan saya tidak mahu kecewakan mereka jadi saya teruskan berceramah biarpun terlalu bising," katanya.

Sebelum itu, Abdul Rahman berdepan dengan saingan tiga penjuru dan akan menentang penyandang kerusi Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis daripada Parti Warisan (Warisan) dan Madeli @ Modily Bangali daripada Pakatan Harapan (PH).


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 15-11-2022 10:49 PM
Whoareyusss
Quote boo09 18-12-2024 08:24 AM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032754 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top