CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Suami Dan Bakal Isteri Buat Laporan Polis Difitnah, Lufya Takkan Berdiam Diri - 'Tunggu Tindakan Susulan'

14-11-2022 08:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8127| Komen: 55

Lufya Omar tidak akan berdiam diri dengan dua laporan polis dibuat bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan aktres Julia Farhana berhubung dakwaan difitnah olehnya.


Sebaliknya, pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia sendiri akan mengambil tindakan susulan bagi membersihkan namanya yang tercalar akibat tuduhan tersebut.


IG

"Tentang isu yang hangat sekarang ini, saya akan buat sesuatu tentang laporan palsu itu. Doakan untuk saya dan anak supaya kami tenang menghadapi ujian ini.

"Apa boleh saya katakan ini adalah ujian Allah dan yakin Dia bersama orang-orang yang benar," katanya.


Lufya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin selepas Dr Che Hafiz dan Julia mendedahkan membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah.

Sementara itu, Lufya menjelaskan isu tuntutan nafkah anak terhadap Dr Che Hafiz sudah lama berlarutan di mahkamah dan ia masih belum selesai.



Jelasnya, sekiranya perkara itu tidak bermasalah dia sendiri tidak mahu membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan hak anak mereka.





"Kalau boleh selesai daripada awal, buat apa saya kena naik turun mahkamah tuntut nafkah anak?

"Bapa (Dr Che Hafiz) perlu berbincang dengan saya tanpa ada campur tangan yang lain. Kes dah bertahun dalam mahkamah. Insya Allah masa akan menjelaskan kebenaran," jelasnya.

Terdahulu, Julia dan Hafiz berkongsi foto salinan laporan polis yang dibuat pada 7 November lalu mendakwa Lufya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap mereka berdua.



Dr Che Hafiz dalam kenyataannya turut memohon bekas isterinya itu berhenti daripada membuat sebarang kenyataan fitnah di media sosial yang boleh menimbulkan spekulasi tidak benar.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.




Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 14-11-2022 09:05 PM
Suka hati ko lah rita 2.0... ada aku KESAH.. kehkehkeh
Quote Carcosa 14-11-2022 09:24 PM
Oooooo. Dah ada replacement Mader rupanya utk Haura Idok ller aku tau
Patotla TiakLecak tak senang duduk Tu yg keluar cerekarama penculikan Haura tu yach   Nak "tease" bekas laki lettewww. Ujung2, bekas laki nak kawin baru. Boleh tahan batak retis yach, Dr Closet ni
Quote cmf_premierleag 14-11-2022 09:32 PM
wahh julia farhana ni ke yg bakal kawen dgm ex lufya nih
akak kenal julia ni sejak belakon drama single terlalu lama..jd heroin alongside ungku mael. ok lah not bad dia acting
Quote cmf_premierleag 14-11-2022 09:33 PM
akak percaya je cakap ex suami sheols ni
ingat doktor tu bangang sgt ke psl nafkah
selama ni kalo dia diam, means dia busy keje n malas nk layan perangai ex bini dia nih.
Quote Madel 14-11-2022 09:35 PM
Gila talak si lufyaketibas ni
sama macam jiran dia Ridrude
Yg gf baru exlaki pulak menadah tenguk., duit hantaran tarak, bersanding pun tarak..aje bodoh.
Quote Fly_over 14-11-2022 09:50 PM
kes penculikkan anak ko mia. pasal mantan laki dan bakal bininya nak bertindak pulak. ahh pening la tiak..
Quote Fly_over 14-11-2022 09:51 PM
wehhh kelako nya igs repot pulis dia
Quote Thunderclouds 14-11-2022 10:13 PM
Dh start daaa... episode bertered2 he said she said . Berlawan ngn tered GE.
Quote toet2meoww 14-11-2022 10:37 PM
Mase polis amek report die ni tak nasihat ke supaya buat report pasal kes kononnye org nk culik anak die tu? Hari tu polis dah mintak die datang buat report kan?
Quote QueenIsolde 14-11-2022 10:39 PM
Mmg sah saiko ketibas ni..kes besar penculikan anak dia leh wat bodo je. Yg ni laju plak wat report(kalau ye la)
Quote cheezel 14-11-2022 10:40 PM
Nasib ko la che hafiz dapat bini kari psycho plk tu
Quote Orangkaya99 14-11-2022 10:42 PM
che hafiz jenis suke berjanji.. tapi die xbuat.. huhu
Quote belacan_gurl 14-11-2022 10:53 PM
Aku xtau la nape si julia farhana tu nak ke duda yg ex dia masih hidup dan bergaduh.. kalo aku idoklerr...baik cari yg lain je...hahaha seksa kot kawin laki yg bercerai idup...tuntutatan nafkah lagikkkk... Hisyyy buat serabut kepala je
Quote tobobon 14-11-2022 11:23 PM
Lagilah dia suka bila ex laki kecoh2 kat ig buat report polis bagai...dia ni jenis x kan mengalah...lagi ko probok2 ..lagi dia makin kencang nak balas

Patut ex laki diam2 jer x payah update ig
Quote beatgirlX 14-11-2022 11:28 PM
Dah alang² g balai..puliahj x tnya ke hupdate kes culik tu?
Quote Sunkiss8999 15-11-2022 12:36 AM
belacan_gurl: Aku xtau la nape si julia farh ...
tobobon: Lagilah dia suka bila ex laki  ...
asal kan hensem..dan nama kerja doctor..boleh tayang kat kengkawan..sedara mara..jiran tetangga..[em:4:]
Quote TerataiMelur02 15-11-2022 12:43 AM
Laju pulak g balai?hari tu yang polis tunggu laporan dari dia ni diam je..
Quote irvene 15-11-2022 12:50 AM
knp minah sendu takde job berlakon mahupun menyanyi ni senantiasa di bod gosip? dia ni AF berapa? knp retis AF sendu lain, tak bnyk gosip haremm mcm dia ni?
Quote doubleA 15-11-2022 02:19 AM
Good luck julia, sian la tak pasal terpalit dgn ex saiko. Dah memang ko tak wujud pun dalam drama dorang tiba2 termasuk sebab si laki. Dah kenapa gak reveal sampai taknak anak, hantaran bagai, apa ke bebal. Baik ko maintain stay away toksah cakap nak jaga anak org, lagi maknya meroyan kang. Laki tu plak nampak memang suka limelight dan retis, nasib la dpt ex bini retis sendu + saiko

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059146 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top