Anna Jobling mula menjadi perhatian ramai selepas kemunculan dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus bersama aktor Meerqeen.
Terbaharu, menerusi sebuah video dimuat naik oleh TV3 Malaysia menerusi program Malaysia Hari Ini di segmen Tumpang Der, aktres teater Maduku Terpaling Kalut mendedahkan empat perkara mengenai dirinya yang tidak diketahui oleh orang lain. “Saya seorang penyelam dan dulu pernah bergelar perenang mewakili Selangor untuk beberapa tahun tapi tak sampai Sukan Malaysia (SUKMA) sebab masa tu dapat tawaran berlakon. “Setiap kali saya keluar, saya akan order air kegemaran Teh O Ais Limau kurang manis dan terakhir, saya suka tidur walau dekat mana-mana pun,” dedahnya.
|
ADVERTISEMENT