CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hawa Rizwana Malu Nak Minta Nasihat Neelofa, Jumpa Di Majlis Pun Tak Tegur

14-11-2022 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2254| Komen: 19

Hawa Rizwana mengakui sangat mengidolakan selebriti terkenal, Neelofa namun berasa malu untuk meminta tunjuk ajar mahu pun pandangan daripada wanita yang berniqab itu.


Ujar Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, perasaan segan untuk meminta nasihat daripada Neelofa itu menebal dalam dirinya kerana menyifatkan figura itu sebagai seorang individu yang sangat berjaya.

Foto: IG

“Saya malu sebenarnya untuk meminta nasihat daripada Neelofa walaupun saya berkawan dengan kakaknya, Bella (Noor Nabila). Kami pernah melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

“Kalau jumpa Neelofa di mana-mana majlis pun saya segan nak tegur. Jadi saya tidak pernah pun minta pandangannya untuk mengendalikan program MeleTOP,” katanya yang mengakui pernah berbual dengan Neelofa suatu ketika dahulu, namun hanya dalam masa singkat.


Hawa, 27, berharap dapat bertemu dan berbual panjang dengan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu suatu hari nanti.



“Kami pernah berbual sebelum ini tapi sangat sekejap. Kalau ada peluang, siapa yang tidak mahu bersembang dengannya (Neelofa),” kata Hawa.

Berbanding Neelofa yang pernah lapan tahun mengendalikan program MeleTOP, Hawa yang kini menggalas tugas berkenaan di sini Nabil Ahmad mengakui kepercayaan mengendalikan program berkenaan satu beban yang agak berat.

“MeleTOP sudah pun mencecah usia 10 tahun. Sebelum ini Nabil dan juga Neelofa sudah pun meletakkan MeleTOP pada satu kedudukan yang agak tinggi.

“Sebagai pengacara baharu, saya mengakui tugasan ini agak mencabar untuk saya galas. Namun saya bersyukur kerana diberikan peluang dan rezeki oleh Allah SWT dan akan melakukan tugas sehabis baik,” ujarnya.



Terdahulu, pada 1 November lalu, teka-teki hos terbaharu MeleTOP terjawab apabila Hawa diperkenalkan sebagai hos tetap program tersebut bersama Nabil Ahmad bagi menggantikan tempat Neelofa.

Kemunculan Hawa sebagai pengacara MeleTOP bagaimanapun menerima variasi respons penonton, dia bahkan dikritik terlalu skema.



Sejak pengunduran Neelofa pada Disember 2019, MeleTOP tidak menemui pengacara tetap mengisi kekosongan Neelofa, sebaliknya hanya menampilkan hos jemputan pada setiap minggu.

Antara selebriti yang pernah digandingkan bersama Nabil sebelum ini ialah Uyaina Arshad, Elly Mazlein dan Sherry Alhadad. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 14-11-2022 07:23 PM
Kata ayah jadi penasihat
Quote cintasuraya 14-11-2022 07:32 PM
Meletop suruh up psl lopak ke tu?

Kena juga tanya psl lopak

Walaupun msa jadi host pun hauk

Nak minta nasihat apa nya

Baru ko tau hawa

Ko jadi badut je oleh meletop tu

Kuasa lopak masih ada kat meletop tu

Nanti2 meletop akan jemput lopak tu

Smua ni dh rancang ko je lalai
Quote alieyrina 14-11-2022 07:34 PM
Kau belum kena dengus lagi hawa . Baik lupakan niat kau
Quote Zezo 14-11-2022 07:35 PM
Edited by Zezo at 14-11-2022 07:40 PM

Kalau idola perlu ke serba serbi nak jadi klon. Make up your mind and be your own self la. Takde langsung significant untuk org ingat dia. Persona yg membosankan.
Quote kitmal 14-11-2022 08:12 PM
Klon ....nothing much just klon..
Quote ciksom 14-11-2022 08:22 PM
Bosan.baik jadi diri sendiri.tak perlu kot tiru utk jadi org lain.
Quote habisnamadahni 14-11-2022 08:26 PM
eh akak tudung pink tu bkn ahli fan club lopak ke..yg pegang anugerah x mau lepas tu haha
Quote wirazam 14-11-2022 08:26 PM
Mohon lepas nih dia berlakon pulak ye..baru hilang rasa kekok tu
Quote Fly_over 14-11-2022 08:28 PM
mintak tips apo dgn lopa. jd pengacara x studi tetamu, semendang blur. apa tips la lopa boleh bagi. ooo ketawa bdekah2 la kot br penonton suka..
Quote jihyomelly 14-11-2022 08:32 PM
berguru la dgn mc senior yg lagi byk experience..saripah sheira bleh..kot segan jihan pun bleh..ramai lagi dik yg lagi elok nak mintak tunjuk ajar
Quote Goodluckdontcry 14-11-2022 08:43 PM
Ketahikan kambing apakah ini???
Minta nasihat jd penunggang??
Ko dh menunggang basikal sambil pakai baju ketat melekat.nak tunggang ape lg??

Baiklah ko tido dik..sbb nada ko bc berita pun, mendatar je...
Quote hanihan16 14-11-2022 08:59 PM
iman tang manage hawa jugak ye?
Quote AcikBuncit 14-11-2022 09:14 PM
Wahh asyukk la iman tang byk btl artis ko manage ye.. Lalu pulak 24jam hdup cmtu.. Skjp attend retis ni, skjp attend yg tu..
Quote Note8687 14-11-2022 09:18 PM
Aura control cun ayu tu mmg tak boleh cover ye dik.
Quote I.K.A888990 14-11-2022 10:22 PM
kau pergi tanya lisa sherry taak pn kak kepom sure kau boleh dpt byk tips yg baik utk kau
Quote irvene 14-11-2022 10:31 PM
ko ingat jah suka ke ko tiru dia? dia rasa mcm persaingan tau ko duk tiru2 dia. dia jeling je ko nanti. baru adan uke
Quote aemon 15-11-2022 12:58 AM
Lembaga tak mulut kemut macam awak.iras senyum sama.do research ye hawa.jangan blur mcm lembaga je masa on air.
Quote rosedemon 15-11-2022 10:14 AM
dua2 aku mymapah
Quote aammyy 15-11-2022 10:50 AM
Dia senyum nampak gigi mcm ketat mulut dia.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036414 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top