CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumaat Dan Sabtu Hari Kelepasan Awam, Tiada Alasan Untuk Tidak Mengundi

14-11-2022 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2136| Komen: 22

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Ismail Sabri berkata, bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putrajaya di sini hari ini.


Foto: Kosmo

“Kita tetapkan hari tersebut iaitu Jumaat dan Sabtu agar rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.


“Sabtu pun kita umumkan sebagai Hari Pelepasan Am kerana ada syarikat swasta seperti kilang-kilang yang masih beroperasi mengakibatkan ada pekerja tidak boleh mengundi.

“Saya tidak mahu satu orang pun yang dihalang daripada menjalankan tangungjawab untuk mengundi,” tegas beliau. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 14-11-2022 06:15 PM

Gambar hiasan.

Jumaat dan Sabtu ini Hari Kelepasan Am – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ismail Sabri berkata, bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putrajaya di sini hari ini.

“Kita tetapkan hari tersebut iaitu Jumaat dan Sabtu agar rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Sabtu pun kita umumkan sebagai Hari Pelepasan Am kerana ada syarikat swasta seperti kilang-kilang yang masih beroperasi mengakibatkan ada pekerja tidak boleh mengundi.

“Saya tidak mahu satu orang pun yg dihalang daripada menjalankan tangungjawab untuk mengundi,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ri-kelepasan-am-pm/

Quote ttp 14-11-2022 06:16 PM
Alhamdulillah
Quote nikaido 14-11-2022 06:26 PM
setelah seminggu duk ulang akan pertimbang akan pertimbang akhirnya mail dpt buat keputusan
Quote @inardni 14-11-2022 06:28 PM
Semoga dipermudahkan urusan mengundi nanti.
Quote Kitty_catz 14-11-2022 07:11 PM
staff meols 50% je nak pi this year



Quote Suchi 14-11-2022 07:35 PM
Apa bezanya bg org duk di kelate, ganu, kedah n johor? Kiranya dorang cuti la ahad tu kan?
Quote rukia2 14-11-2022 08:14 PM
Suchi replied at 14-11-2022 07:35 PM
Apa bezanya bg org duk di kelate, ganu, kedah n johor? Kiranya dorang cuti la ahad tu kan?

Xkut..tp ahad cuti kalau PN menang
Quote isseliparjepun 14-11-2022 08:21 PM
Hati hati bagi yang memandu jauh. Bawa bekal dalam kereta, minyak sentiasa pastikan lebih half tank. Yang ada anak kecil, boleh spare plastik buang sampah yang wangi tu. Jangan buang lampin pakai buang sewenang wenangnya atas jalan. Kumpul sampah dan buanglah dekat tong sampah RnR.
Quote namr 14-11-2022 08:22 PM
yahoooo long weekend boleh p holiday..koserrr la buang2 undi nih
Quote cm_vungtau 14-11-2022 08:27 PM
Long holiday tido ajelah. Nak pi undi pun semuanya tahapa- hapa
Quote wirazam 14-11-2022 09:14 PM
nikaido replied at 14-11-2022 06:26 PM
setelah seminggu duk ulang akan pertimbang akan pertimbang akhirnya mail dpt buat keputusan

Lembab buat keptsn..kalau bgtau awai kan senang management nak ubah jadual etc etc
Quote misc 14-11-2022 09:35 PM
Ingat nak aman2 travel hari jumaat, jgn haraplah dah 1malaysia cuti.
Quote tumpanglalu74 14-11-2022 09:49 PM
70dsc5.jpg
Quote scorpionkiki 14-11-2022 10:29 PM
Suchi replied at 14-11-2022 07:35 PM
Apa bezanya bg org duk di kelate, ganu, kedah n johor? Kiranya dorang cuti la ahad tu kan?

Kalau jumaat cuti, boleh carry forward to sunday kan?
Quote Suchi 14-11-2022 10:46 PM
scorpionkiki replied at 14-11-2022 10:29 PM
Kalau jumaat cuti, boleh carry forward to sunday kan?

Kalau public sepatutnya gitu la kan? Sian gak dorang cuti 2 hari je cam biasa
Quote Suchi 14-11-2022 10:51 PM
misc replied at 14-11-2022 09:35 PM
Ingat nak aman2 travel hari jumaat, jgn haraplah dah 1malaysia cuti.

Haah kan iols baru sedar maknanya negeri2 lain termasuk borneo pun cuti. Sblm ni Selangor, N9 ngn Penang je kan umum cuti.
Baru nak berlagak2 ngn negeri lain sekali semua plak cuti
Harap takde la yg sengaja tak pi ngundi sbb nak bercoti2
Quote Fiefafiefus 15-11-2022 09:18 AM
I nak tanya. Ada anyone yang tahu tak kalau company swasta x follow hari kelepasan am ni boleh ke? Ke memang announcement ni applied to gov sector je? Yang swasta ikut kepala kerajaan majikan memasing?
Quote rosedemon 15-11-2022 09:59 AM
company bini aku cam cibai. sampi arini xda kuar notis cuti ke dak.
Quote noorhairiahma 15-11-2022 10:12 AM
cm_vungtau replied at 14-11-2022 08:27 PM
Long holiday tido ajelah. Nak pi undi pun semuanya tahapa- hapa

Sila tunaikan tanggungjawab anda...


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top