Nabila Razali baru-baru ini menyambut hari lahir kelahirannya yang ke-30. Dalam satu video yang tular, kelihatan Nabila tersenyum dengan kejutan kek yang diberikan kepadanya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah kehadiran Aedy Ashraf di situ. Dapat dilihat Aedy sibuk mengambil gambar dan video Nabila.
Bukan itu sahaja, siap main suap-suap lagi. Di ruangan komen ramai yang tertanya-tanya adakah mereka bedua ada apa-apa. Bercinta ke? soal mereka. Dalam masa yang sama ramai juga kata adakah ini sekadar gimik sebelum keluarkan single baharu. Maklumlah sebelum ini satu Malaysia kena prank dengan Nabila yang menangis-nangis putus cinta, rupa-rupanya nak lancar lagu!-CARI
|
ADVERTISEMENT