Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik Datuk Seri Najib Tun Razak dicuri dari simpanan di sebuah unit di Pavilion Residences.
Peguam itu berkata, kecurian dikesan selepas polis hanya menemui RM114 juta dari jumlah keseluruhan RM160 juta seperti dimaklumkan Najib. Jelasnya, pihak berkuasa tidak mengira wang yang didakwa hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu semasa membuat serbuan pada 17 Mei 2018. Justeru, timbul persoalan apabila harta itu tidak dikira di sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences, sebaliknya di lokasi lain.
“Najib memaklumkan ada RM160 juta, bukannya RM114 juta, maka ada seseorang yang mencuri wang tersebut. “Polis juga tidak beritahu bagaimana wang ditemui itu dibungkus dan tidak menyerahkan senarai barang rampasan kepada penghuni premis,” katanya selepas prosiding keputusan kes lucut hak harta di Mahkamah Tinggi pada Isnin. Shafee juga mendakwa serbuan yang dibuat lebih kepada ‘smoking gun’ iaitu sekadar mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pesalah dalam kes 1MDB. Sedangkan beliau berkata, mahkamah telah memutuskan harta yang dirampas itu tidak diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) atau menggunakan dana penyelewengan 1MDB. “Najib sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu dan kita minta pihak berkuasa untuk menyiasat anggota yang hadir dalam serbuan tersebut,” katanya. Sumber: Sinar Harian |
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:50 PM
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.
iolss replied at 14-11-2022 06:15 PM
dr mn sumber duit byk2 tu... tnya jerrrr
rashiman replied at 14-11-2022 06:45 PM
Seperti yg telah diberitahu oleh Najib, duit itu datang dari penyumbang dana politik utk PRU-14, S ...
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:50 PM
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.
rashiman replied at 14-11-2022 06:45 PM
Seperti yg telah diberitahu oleh Najib, duit itu datang dari penyumbang dana politik utk PRU-14, S ...
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:50 PM
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.
Firenzza replied at 14-11-2022 08:38 PM
Kerani poen tu hapa benda sis?
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:53 PM
Harta itu membabitkan 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan didakwa milik Najib ser ...
Firenzza replied at 14-11-2022 08:38 PM
Kerani poen tu hapa benda sis?
sharlenetexas replied at 14-11-2022 08:53 PM
Masa bila pakai bra emas?
Masa halloween ke?
ADVERTISEMENT