CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Macam Emas Berlian, Nak Jual Nasi Lemak & Laksa Macam Mana Telur Tiada?

14-11-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2241| Komen: 35

Isu kekurangan telur di pasaran menyebabkan ramai peniaga makanan di seluruh negara menghadapi masalah dan terpaksa menanggung kos tambahan lain.


Para peniaga laksa dan nasi lemak misalnya, terpaksa mengupah rider untuk mengambil bekalan telur di kawasan yang jauh bagi melengkapkan hidangan dijual.

Selain sukar mendapatkan bahan mentah itu, telur yang dijual didakwa naik harga memaksa harga makanan turut dinaikan bagi mengelakkan kerugian.


Gambar hiasan / Bernama

Di Sungai, Petani Kedah, seorang peniaga laksa di Sungai Lalang, Mariah Hamid, 52, berkata, sambutan perniagaan yang diusahakannya sejak lima tahun lalu mengalami penurunan mendadak kebelakangan ini apabila harga naik daripada RM4 kepada RM5 sepinggan.


“Saya tiada pilihan dan terpaksa berbuat demikian kerana semua bahan mentah seperti ikan dan telur sukar diperoleh selain mengalami kenaikan harga.

“Malah, penggunaan telur yang menjadi ‘penyeri’ hidangan ini dihadkan daripada separuh kepada suku sahaja walaupun menerima rungutan daripada pelanggan,” katanya semalam.

Mariah menambah, dia terpaksa mengeluarkan kos sampingan untuk petrol kereta bagi mencari telur di kedai di luar daerah Kuala Muda kerana peruncit mula mencatu bagi pembelian telur kebelakangan ini.

“Rata-rata kedai di daerah ini mengehadkan pembelian telur dengan alasan pelanggan lain turut memerlukan bahan itu.

Di Shah Alam, Selangor, seorang peniaga nasi lemak dikenali sebagai Lia berkata, kekurangan telur menyebabkan dia tidak dapat berniaga selama dua hari.


Seorang pembantu kedai laksa di Sungai Lalang, Norhidayah Abdul Manaf menunjukkan hidangan laksa yang memerlukan telur rebus di kedainya di Sungai Petani baru-baru ini.

Kata wanita berusia 36 tahun itu, telur ketika ini umpama seperti emas atau berlian yang amat sukar diperoleh dengan harga ditawarkan juga berbeza antara kedai.

Katanya, harga bagi gred C sahaja ada mencecah antara RM13.50 berbanding sebelum ini hanya RM11.90.

“Telur pun sekarang ini dicatu dengan amat bertuah sekiranya berjaya mendapat dua papan. Jadi saya terpaksa memotong sebiji telur rebus kepada empat.

Seorang peniaga nasi lemak di Kuala Terengganu pula tidak meletakkan telur kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah itu.

“Saya lebihkan ikan untuk ganti telur yang susah dapat,” katanya.


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 14-11-2022 05:15 PM
Jaga tolo pun PM Umno tak mampu. Lagi minta mandat lagi kaa?
Quote pyropura 14-11-2022 05:17 PM
Btw, melayu banyak nau makan tolo, elok ler kurangkan sikit. Dah order saging merah n udang pun nak tolo dadar juga.
Quote Samerosie 14-11-2022 05:17 PM
Yg kat border Siam tu hadap la selagi ada kau seludup semua ke siam kan.
Quote CiliPadiSedap 14-11-2022 06:08 PM
kalau tengok peta meteorologi ayam2 tak nak bertelur sebab kaka blastoff cakap musim tengkujuh. ayam prefer mengawan musim ni berbanding bertelur
Quote Suchi 14-11-2022 06:27 PM
Ayam2 bersara awal kot

Quote green~tea 14-11-2022 06:28 PM
mcm selangor KL je masalah ni...

aku tengok ganu kelate berbondong2 telur banyak gilerrrrrrr je stokkkkkk

usah duk nipu ah
Quote jiwasemangat 14-11-2022 06:36 PM
Kat tempat aku ada aja telur nya.. lembah kelang
Quote mejaputih 14-11-2022 06:43 PM
green~tea replied at 14-11-2022 06:28 PM
mcm selangor KL je masalah ni...

aku tengok ganu kelate berbondong2 telur banyak gilerrrrrrr je sto ...

Family members iols kat k.trg mengigau carik telur..takde..
Quote kitaserupaaa 14-11-2022 06:48 PM
Sebagai peminat telur goreng & telur rebus, aku ade je jumpa peniaga lemak yg terpaksa stop jual nasi lemak telur goreng. Request telur rebus sebiji pun tak dapat. Terpaksa la rebus or goreng telur sendiri kat  rumah.
Quote Kitty_catz 14-11-2022 06:59 PM
bukan sedari dulu , tulur dlm siklemak tu mcm non existence

kalu ada pun ada la cenoet je
Quote vespa_oren 14-11-2022 07:00 PM
aku bru thu sekarang kurang telur pas hri ahad tu org rumah aku suro cari telur, 3 kedai aku cari tu pun jumpa gred D. biasa beli telur nutriplus tu tpi skrg kne ubah gaya hidup jdi downgrade jap
Quote Zack8hunter 14-11-2022 07:03 PM
haah..area aku susah nk beli telur.. kt speedmart pun sekejap jer habis dah.. dah la anak2 aku suka mkn telur
Quote kakikuDibibirmu 14-11-2022 07:10 PM
kitaserupaaa replied at 14-11-2022 06:48 PM
Sebagai peminat telur goreng & telur rebus, aku ade je jumpa peniaga lemak yg terpaksa stop jual nas ...

Akak tak sanggup nak rebus atau goreng telur sendiri kat  rumah, akak cuma goyang telur sendiri jah atas katil
Quote akies 14-11-2022 08:36 PM
Entahlah telur ayam macam kurang je dkt selangor.
Permintaan tinggi mungkin
Quote ultra78 14-11-2022 08:39 PM
Dulu nasi lemak tak ada ikan bilis tapi ada telur
Skrg nasi lemak tak ada ikan bilis dan tak ada telur
Lepas ni nasi lemak ada sambal dan timun aje...
Quote rospinki 14-11-2022 08:45 PM
Byk bekalan minyak telo tepong gula ayam paling byk peniaga guna. Sejak menjak belakang ni semua tu paling kritikal kenapa? Sebab peniaga2 kita byk guna. Bila hrga meningkat stok berkurang mcmana peniaga kita nak survive. Itulah matlamat diorg.
Quote ultra78 14-11-2022 08:48 PM
Nasi lemak ganu letak sambal ikan aye

nasi-lemak-terengganu.jpg

Minta @aechae bagi tips utk hilangkan hanyir ikan aye ni..saya jarang beli disebabkan masalah ini.Ikan ni sedap masak singgang aje
Quote aechae 14-11-2022 09:28 PM
ultra78 replied at 14-11-2022 08:48 PM
Nasi lemak ganu letak sambal ikan aye



Yg iols tahu yg sedap ikan aye hitam je…klu aye putih kdg2 gatal lps makan
Quote green~tea 14-11-2022 10:01 PM
mejaputih replied at 14-11-2022 06:43 PM
Family members iols kat k.trg mengigau carik telur..takde..

Iols baru je balik besuk... banyok telor

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.269590 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top