CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengunjung Gempar Dapur Restoran Di Nexus Bangsar South Terbakar

14-11-2022 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1132| Komen: 7

Kebakaran di sebuah lot restoran di Pusat Beli Belah Nexus Bangsar South, Bangsar pada Isnin mengejutkan pengunjung.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera dan 10 anggota dari Balai Bomba Pantai dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan 999 pada jam 12.49 tengah hari.


Kebakaran berjaya dipadam pada jam 1.20 petang. - Foto JBPM Kuala Lumpur

"Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah restoran di bahagian dapur.

"Operasi pemadaman menggunakan teknik 'offensive' dan 'defensive' untuk memadam kebakaran daripada merebak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Keadaan kotak pendawaian di dalam restoran terbabit. Foto JBPM Kuala Lumpur.

PGO Kuala Lumpur memaklumkan, keluasan kebakaran melibatkan kawasan seluas 0.92 meter persegi X 0.92 meter persegi berjaya dipadamkan pada jam 1.20 petang.

"Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-11-2022 05:09 PM
I memang phobia kedai makan kat mall ke apa tiba2 meletop terbakar cos in the late 90s, my ex colleague join Microsoft kat Amcorp Mall.  Masa tu amcorp mall baru buka and dia gi lunch kat Dave's Deli with her colleagues.  Tiba2 ada explosion and everybody ran out, dia terjatuh and people stepped on her in the commotion tu ended up dia 75% burn.  Dah la jatuh atas shattered glass (windows and door).  She succumbed to her injury after dekat sebulan kat hospital, bukan sebab the burn but from organ failure.  Cause of the explosion was the centralised cooking gas pipeline tak fitted in properly ada leak.
Quote I.K.A888990 14-11-2022 05:37 PM
bahaya betul.takut plak dgr
Quote airisa 14-11-2022 05:58 PM
mcm restoran amber je yg terbakar tu
Quote midori888 14-11-2022 08:10 PM
Samerosie replied at 14-11-2022 05:09 PM
I memang phobia kedai makan kat mall ke apa tiba2 meletop terbakar cos in the late 90s, my ex collea ...



Kesiannyer kawan uols....semoga rohnyer dicucuri rahmat...
Quote H0rr0rfan 14-11-2022 09:10 PM
Nexus bangsar ni quite open space. 2 atau 3 tingkat je.
Quote Samerosie 14-11-2022 10:04 PM
midori888 replied at 14-11-2022 08:10 PM
Kesiannyer kawan uols....semoga rohnyer dicucuri rahmat...

Dia chinese you.  I ada sorang lagi colleague expat regional hse based in hk tapi gi main rugby masa tournament kat Bali tu. Was in the sari club masa bombing.  Sampai sekarang body tak jumpa so after 5 years ke apatah declared dead.

Quote midori888 14-11-2022 10:13 PM
Samerosie replied at 14-11-2022 10:04 PM
Dia chinese you.  I ada sorang lagi colleague expat regional hse based in hk tapi gi main rugby ma ...

be at wrong place at wrong time....dah ajal kan...

psl suicide bombing kat Bali tu, adik iols kan baru2 nie kerja kat Jakarta, ofismate dia yg senior citer. Marine sana dpt tangkap the bomber, disebabkan bad weather, diorg tumpang dia atas rig yg company his ofismate kerja masa tu kejap....wallahualam...taktau betul ker tidak...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050217 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top