CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesiapa Positif Covid-19 Kena Pakai 'Mask' Masa Buang Undi - Ketua Pengarah Kesihatan

14-11-2022 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1680| Komen: 21

Individu positif Covid-19 yang akan membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mesti memakai topeng muka dan penggunaan topeng muka untuk pengundi lain amat digalakkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata pengundi yang didapati positif Covid-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.


Suara Merdeka

“Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi dan mesti pulang segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan selamat, khususnya untuk mengurangkan risiko jangkitan, Dr Noor Hisham berkata pengundi positif Covid-19 mesti mematuhi penjarakan sosial yang selamat, yang juga amat digalakkan untuk pengundi lain.


Beliau berkata pengundi juga perlu menggunakan sanitizer tangan yang disediakan di pusat mengundi, atau membawa sanitizer tangan sendiri.

Dr Noor Hisham berkata individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan segera mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin, bagi melindungi diri mereka dan orang sekeliling.

“Mari kita bekerjasama mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada pengundi dan kakitangan di pusat mengundi sepanjang PRU15,” katanya.

Dr Noor Hisham turut berkongsi infografik mengenai nasihat umum kepada pengundi PRU15 untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19, di laman Facebooknya semalam.

Beliau berkata petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melicinkan urusan pengundi positif Covid-19. Pengundi dinasihatkan mematuhi arahan yang dikeluarkan.


Sumber: Suara Merdeka





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-11-2022 04:39 PM
Kalau org tu tak buat test, acaner nk tau dia positif...hmmm lantak lah
Quote .HannahMontana. 14-11-2022 04:49 PM
Orang yg mmg sentiasa pakai maks pula kena fitnah nanti

babi sungguh pengarah punnn

bodoh

xcuuck vaksin kena cegah mcm2 , xboleh rentas negeri atau daerah TETAPI  semasa PRN xde pula cegah keluar mengundi

mambang hitam anak haram matilah ko PRU kali ini , ini kali lah kasi penggal kepala ko cukup-cukup sehingga ko menjadi dementia dan ditinggal bini dan ko pun mati beragan !!!!!!!!!!!Ameen.
Quote Belibis 14-11-2022 04:57 PM
Ooo..tak bahaya sangat kobit bila musim pru?? Dulu2 jer kobid ni macam kusta.
Quote 3480 14-11-2022 05:11 PM
Edited by 3480 at 14-11-2022 05:12 PM

Kotak partition pru tu klu letak kt meja aku best gak.. xyah tgk org dpn n tepi..
Nk tidoq mkn gaji buta pon best
Partition skrg rendah sgt
Quote I.K.A888990 14-11-2022 05:36 PM
xyah ngundi senang
nnt kang gitu jgk politik kita ni
tah apa2
Quote Adrif 14-11-2022 06:05 PM
I.K.A888990 replied at 14-11-2022 05:36 PM
xyah ngundi senang
nnt kang gitu jgk politik kita ni
tah apa2

aku dengar ramai yang cakap benda sama  
mungkin peratusan yang turun mengundi tahun ni menurun
Quote Suchi 14-11-2022 06:20 PM
Iols dh jd malas nk g sbb cuaca bakalan ribut petir kat selangor aritu.
Iols nak g petang2 tp kalau hujan nampaknya kena g pagi gak.
Pastu punah la harapan nak ber ootd hahhahah pakai selipar jela nampaknya lgpun risau dakwat tu terkena kat baju

Quote bakingsoda 14-11-2022 06:21 PM
jd boleh la mengundi takyah pakai mask? sbb nnt kena tunjuk muka ke tak dekat petugas masa nak mengundi tu?
Quote alesandra 14-11-2022 06:31 PM
Suchi replied at 14-11-2022 06:20 PM
Iols dh jd malas nk g sbb cuaca bakalan ribut petir kat selangor aritu.
Iols nak g petang2 tp kalau  ...

Uols ni nampak sgt 1stimer mengundi.dakwat kena baju bagai
Quote Suchi 14-11-2022 06:44 PM
alesandra replied at 14-11-2022 06:31 PM
Uols ni nampak sgt 1stimer mengundi.dakwat kena baju bagai

Mana ada 1st timer laa cuma ngundi kat selangor ni baru kali  ke 2 sblm ni mengundi kat Pahang tp bagus gak kalau org ingat iols pengundi saluran 8 tu tandanya iols awet muda

Mesti ler risau kalau terkena sbb plan nak pakai baju putih.
Tp nampaknya cancel laa tak jd ootd mcm penggal2 sudah.
Quote Suchi 14-11-2022 06:50 PM
bakingsoda replied at 14-11-2022 06:21 PM
jd boleh la mengundi takyah pakai mask? sbb nnt kena tunjuk muka ke tak dekat petugas masa nak mengu ...

Takpun pakai masa beratur la  sbb biasanya ramai kan jgn lupa cuci tgn selalu.

Iols tiap kali ngundi sblm ni biasanya bila sampai org dh takde sgt dah sbb iols  g lewat skit kena gilir2 dulu
Tp tahun ni dijangka ramai kan sbb dh ada pengundi 18 tahun tu.
Quote pu3_rania 14-11-2022 06:51 PM
.HannahMontana. replied at 14-11-2022 04:49 PM
Orang yg mmg sentiasa pakai maks pula kena fitnah nanti

babi sungguh pengarah punnn

Itu lah pasal Hannah
Apa ke bangang sangat orang yang kena Covid di benarkan mengundi
Kesian dengan petugas SPR di saluran pengundi Covid walaupun kemungkinan depa memakai PPE
Quote Kitty_catz 14-11-2022 07:03 PM
abam blastop tersenyum sinis
Quote Firenzza 14-11-2022 08:34 PM
Kobit ni cuma bahaya time 2x hari raya sampai ada yg pakai btg mop baca khutbah raya, ada juga kena gari naik black maria sbb sembahyang dipagi raya tapi kobit sangat2 dialu2 kan bila datang pilihan raya
Quote doubleharmonic 14-11-2022 08:57 PM
tau2 lepas pru tiberr kes cobid meningkat buat balik pkp bagai kan babi?
Quote puccafan 14-11-2022 09:24 PM
Dah tak sihat, dok umah jela. Kang jem kt sepital, bukan korang menteri yg mengadap takkan nak pkp lagi.

Pastu dengan ada kawasan yg banjir, rakyat jugak terkesan
Quote .HannahMontana. 15-11-2022 05:43 PM
pu3_rania replied at 14-11-2022 06:51 PM
Itu lah pasal Hannah
Apa ke bangang sangat orang yang kena Covid di benarkan mengundi
Kesian denga ...



Setuju dengan komen ko tu !

memang menyusahkan SPR dan merisiko kan pengundi lain di tempat mengundi
Quote primarikey 15-11-2022 09:11 PM
.HannahMontana. replied at 14-11-2022 04:49 PM
Orang yg mmg sentiasa pakai maks pula kena fitnah nanti

babi sungguh pengarah punnn

Aminnnn
Aminnnn
Aminnnn

Aminnn sekali x lepas...terus aminnn 3 x

Semoga terkabul
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2022 02:54 PM
tau2 lepas pru tiberr kes cobid meningkat buat balik pkp bagai kan noreen?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045873 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top