CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Ramai Suka Jilat Kodok Untuk Rasa Khayal, Boleh Mati!

14-11-2022 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 621| Komen: 1

Jilat kodok untuk merasai sensasi khayal, kedengaran agak aneh namun itulah tabiat pelik yang semakin mempengaruhi segelintir penduduk di Amerika Syarikat (AS).


Kodok Gurun Sonoran atau juga dikenali sebagai kodok sungai Colorado mempunyai sejenis kelenjar parotoid yang sangat menonjol dan mengeluarkan toksin yang kuat.

Mungkin ramai yang geli atau melarikan diri apabila melihat amfibia bersaiz sekitar 17 sentimeter itu, tetapi ada juga segelintir pihak yang gemar mencari haiwan berkenaan untuk tujuan aneh tersebut.


Foto: Google

Perkhidmatan Taman Negara Amerika dalam akaun Facebooknya bagaimanapun melarang tabiat aneh berkenaan kerana boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.


"Ia boleh membuat anda sakit jika anda memegang atau menjilat kodok itu malah berisiko mendapat racun dalam mulut anda," tulisnya.

Antara penyakit yang biasa berlaku akibat menjilat kodok adalah euforia dan halusinasi, tetapi terdapat juga kesan lebih buruk termasuk kebimbangan, loya, sawan dan kematian.

Menurutnya lagi, hanya beberapa kodok boleh menyebabkan rasa khayal, dan tahapnya berbeza bagi setiap haiwan.

Bekas peninju terkenal dunia, Mike Tyson juga mendedahkan dia pernah mencuba menjilat kodok berkenaan untuk merasai khayal, namun hampir sahaja kehilangan nyawa. -CARI

Sumber: mStar Online/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 14-11-2022 05:51 PM
Smalam udah ada la tered yg sama! Adoiiiiiii

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060282 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top