CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepatutnya Kemboja, Silap Puji Colombia Bukti Joe Biden Tak Layak Menduduki White House?

14-11-2022 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 989| Komen: 3

Joe Biden meletak diri dalam situasi memalukan sekali lagi apabila tersasul menyebut Colombia walaupun sebenarnya merujuk kepada negara Kemboja (Cambodia) selaku tuan rumah sidang kemuncak Negara-Negara Persatuan Asia Tenggara (ASEAN).


Wion News melaporkan, insiden memalukan berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) itu bertemu para pemimpin ASEAN di ibu negara Kemboja, Phnom Penh.


Biden bertemu PM Hun Sen di Phnom Penh, yang menganjurkan sidang kemuncak sepuluh negara Asia Tenggara -  Rex

“Kini kita sekali lagi berkumpul bersama-sama di Kemboja, saya teruja untuk membina kemajuan yang lebih kukuh berbanding yang kita sudah lakukan dan saya ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri Colombia kerana kepimpinan beliau sebagai pengerusi ASEAN dan kerana menjadi tuan rumah kepada kita semua,” katanya ketika berucap.


Biden sebenarnya merujuk kepada pengerusi semasa persatuan yang terdiri daripada 10 buah negara itu iaitu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Biden yang sedang dalam rangka lawatan singkat, termasuk persinggahan untuk mesyuarat Kumpulan 20 (G20) di Indonesia, sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh dan sidang kemuncak COP27 di Mesir, membuat kesilapan serupa ketika bercakap kepada pemberita di White House baru-baru ini. 

Parti pembangkang, Parti Republikan mengambil kesempatan daripada kecenderungan Biden untuk bercakap merepek semasa siaran langsung sebagai bukti berhubung dakwaan beliau semakin berusia dan tidak layak menduduki White House.

Para penyokong Presiden AS itu bagaimanapun berkata, Biden semakin baik dalam menyampaikan ucapan di khalayak ramai selama berdekad-dekad walaupun terpaksa mengatasi masalah gagap sejak zaman kanak-kanak lagi.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-11-2022 08:54 AM
Bunga Kemboja dengan Kulumbia Majora tersenyum sinis
Quote ulamalu 13-11-2022 02:12 PM
Dah nyanyuk, not fit to be a leader of a country.
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2022 02:59 PM
Kamala binti Harris tersenyum sinis

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.115945 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top