CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ismail Sabri Kata Dakwaan Ahmad Zahid Calon PM Adalah Taktik Musuh BN

14-11-2022 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 788| Komen: 10

BERA – Dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri merupakan taktik musuh BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taktik itu bertujuan mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau yang diisytiharkan calon Perdana Menteri BN.

“Mereka cuba menimbulkan kekeliruan dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah.

“Mereka tiada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu calon Perdana Menteri,“ katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan FMT.

Foto: Kosmo


Ismail berkata, lawan BN menggunakan isu calon Perdana Menteri kerana terdesak menanam keraguan pengundi terhadap kemampuan BN mewujudkan kestabilan.

Jelas beliau, keputusan untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi UMNO.

Menurut beliau, perkara itu juga telah diputuskan oleh biro politik UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO serta disambut oleh parti-parti komponen BN.

“Seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan lain-lain jelas kata saya satu-satunya calon Perdana Menteri BN,” katanya.

Beliau turut menyifatkan dakyah yang disebarkan itu sebagai cara tidak beretika untuk menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

“Mereka cuba menggambarkan saya tidak menjadi PM (untuk) menurunkan sokongan kepada BN.

“Mereka mungkin takut saya (sebagai) calon PM. Saya anggap ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya menarik pengundi (kepada) BN,” tambah beliau. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 14-11-2022 04:13 PM
Abis tu awat buat pru? Dah sah2 hang jadi pm. Kalau masih nak kekalkan hang awat nak pru?
Quote pyropura 14-11-2022 05:09 PM
Abis, takkan Komidi.Ponorogo jadi pegawai khas PM
Quote MelahJanda 14-11-2022 05:32 PM
dah nak jadi PM kenapa nko pegi bubar parlimen. sapa yg nak dia ni balik mmg sama bengap.
Quote Firenzza 14-11-2022 07:56 PM
Hang pun wak jahit yg piley jd calon, hang kena sedar diri sapa presiden skrg? pak mael x tau ka org2 yg sokong hang sblm ni dh habis kena
cantas? Dia tinggalkan 2 orang jerr kontang kanting
Quote CiliPadiSedap 14-11-2022 08:11 PM
zeed replied at 14-11-2022 04:13 PM
Abis tu awat buat pru? Dah sah2 hang jadi pm. Kalau masih nak kekalkan hang awat nak pru?

haah logik juga. dia nak coverline tu dia pm paling pendek sejarah dalam dunia. kasihan anak dady retis
Quote rosedemon 15-11-2022 09:56 AM
apa saja asl bukan bn
Quote zidane_ziege 15-11-2022 09:57 AM
Manifesto pun wak yg bentang sorang2..
Quote akusukaq 15-11-2022 10:35 AM
rosedemon replied at 15-11-2022 09:56 AM
apa saja asl bukan bn

Apa saja asalkan bukan PH. Cukup lah sekali.
Quote ekod79 15-11-2022 10:51 AM
tandingla jawatan presiden lepas pru
Quote Firenzza 15-11-2022 10:38 PM
ekod79 replied at 15-11-2022 10:51 AM
tandingla jawatan presiden lepas pru

Klau wak jahit x jd piem, dlm pemilihan umngok 5 bln akn dtg dia akn digulingkan oleh ahli2, lg pun dia yg mati2 nk buat pru tahun ni. Byk kes mhkmh nk kna hadap....Nk kata manifesto kestabilan tu tang mana? Sesama parti pun huru hara time pilih calon, tmbh plk dgn kj x habis2 jolok sarang tebuan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037616 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top