CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik-Beradik Masih Kecil Pula Main Flying Fox, Safety Semua Ke Laut! "Mana Otak Mak Ayah?"

14-11-2022 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4126| Komen: 59

Selepas kecoh insiden seorang wanita mendukung anak ketika bermain flying fox, kini tular pula video membabitkan dua kanak-kanak melakukan aktiviti ekstrem itu.


Video yang tular sejak hujung minggu itu menunjukkan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan, dipercayai adik-beradik berpaut antara satu sama lain melakukan aktiviti flying fox.

Aktiviti itu dipercayai dilakukan di Kuala Kubu Bharu, Selangor, iaitu lokasi sama melibatkan wanita yang bermain flying fox bersama anaknya.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak lelaki itu dilihat memakai kelengkapan keselamatan termasuk topi keledar keselamatan.


Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang bersamanya, tetapi si cilik itu tidak dipakaikan sebarang alat keselamatan untuk melindungi kepalanya.

Apa yang lebih mengejutkan, ketika melakukan aktiviti itu, kedua-dua tangan kanak-kanak lelaki itu tidak berpaut pada tali atau kelengkapan keselamatan.

Ini kerana, tangan kirinya memeluk si adik, manakala sebelah tangan lagi terpaksa memegang peranti yang merakamkan aktiviti mereka.

Video berdurasi seminit yang dikongsi di sebuah akaun Facebook itu membangkitkan kemarahan netizen terhadap ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang disifatkan membahayakan anak-anak mereka.


Loading FB Post...

"Helmet tu pun bukan saiz kepala budak-budak Lepas tu dua-dua naik sekali? Allahuakbar, orang lain yang tak ada anak ni, beria-ia nak anak. Anda yang ada anak, mempertaruhkan nyawa anak macam tu je hanya kerana nak suka-suka? Nak ajar anak jadi berani ni, banyak lagi cara lain.

"Allahuakhbar... tak sayang anak ke? Orang lain susah nak dapat. Kau senang-senang nak bagi anak buat macam tu.

"Kami laki bini kaki outdoor, tapi mulut bising takut tak boleh itu ini. Takut bahayakan anak-anak. Adoi seram tengok dan lebih kasihan kat budak-budak.

"Astagfirulahaladzim. Kecil perut ni masa tengok video ni dok risau budak-budak tu jatuh ya Allah. Seramnya ya Allah. Safety semua 'ke laut' (diabaikan)!" demikian antara komen netizen.



Pada masa sama, segelintir netizen mempersoalkan bagaimana pengendali atau penganjur aktiviti lasak itu membenarkan dua kanak-kanak ini melakukan aktiviti tersebut bersendirian.

"Macam mana operator boleh bagi budak-budak main?

"Macam mana tempat ni boleh lepas tanpa pengawasan dewasa?" soal netizen lagi.

Susulan tular video ibu dan anak melakukan aktiviti flying fox dipercayai dilakukan di Kuala Kubu Bharu, polis telah membuka kertas siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.

"Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan berhubung video tular memaparkan seorang wanita melakukan aktiviti sukan lasak yang berbahaya (flying fox) sambil memegang anak dengan mengabaikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rapz 14-11-2022 02:45 PM
Tk sampai ati nk tgk sampai abis video nie...kecut perut
Quote Goodluckdontcry 14-11-2022 02:50 PM
Edited by Goodluckdontcry at 14-11-2022 02:53 PM

Xpe dik..klu ko terjatuh dan kiok ( maafla dik, acik tulis mcm ni.. acik skdr nk tulis ayat je ok).. org2 bijaksana diluar sana ckp..terus straight to heaven dik sbb ko xde dosa..utk part ni..den xde further comment...den pun xde kepastian jelas bab ni...

Utk mak bapak jenis adik beradik dgn cikB ( cikB ni errr anak vidah belacan... kehkehkeh err ye ke???)

Org2 bijaksana diluar sana ckp...sudah ada simpanan disyurga utk menarik mak ayah cikB  ni ke syurga tanpa perlu ada apa2 halangan..gitu kata2 garapan sdn bhd mereka tanpa tau tah btl ke tak ape yg diucapkannya tu..

Harktuihhhhh klu la hidup ini xde dosa pahala..harus den jd sniper tembak membuta tuli org2 yg xde senses ni..klu hidup ko sekadar utk hidup..baikla ko mati wahai org2 yg xde hala tuju psl kehidupan ni...mgkin mati itu lbh baik supaya ko xmenyusahkan org lain...

P/s ingt nk tulis sikit je..sekali pjg plak rempanan den.. kehkehkeh maafla..den ni pun suka mencapub juga..bak kata pepatah..mengata org kemain..tp die pun hampeh.. kehkehkeh
Quote exclusive_vvip 14-11-2022 02:53 PM
terbalik pulak perangai sebilangan  parents kat malaysia ni..kerajaan buat undang2 soh pakai car seat utk budak2, parents meroyan..tapi pakat2 husnuzon pulak bila bagi main extreme sport gini..
Quote mizruncing 14-11-2022 02:54 PM
patut tutup je skli tempat ni. saman parents. banyak duit kan memasing boleh beli nyawa anak
Quote BartholomewKuma 14-11-2022 02:54 PM
Mak pak bodo
Kalu budak tu jatuh mati teruih tak pa la, senang kerja. Teruih tanam kuboq. Kalu tuhan nak bagi mak pak bodo ni menyesai seumoq hidop, budak2 tu jatuh tak matiii. Cacat lumpuh seumoq hidop. Baru kena dengan org kata pembalasan. Mak pak jenih gini memang layak mampuih. Jangan hairan kalu hangpa dengaq ada berita eksiden kata anak2 selamat, mak pak mampuih. Pasai nak buang mak pak hat jenih lagu ni lahhh. Elok mampuoh elok budak2 ni tak dak mak pak serupa hangpa hat bahayakan nyawa depa. Elok mampuih eksiden
Quote noor2 14-11-2022 02:56 PM
Nk tengok muka mak bapak paling bodo ni...kalau anak tu jatuh mati terus x pe..boleh buat anak lagi...ni kalau cacat kekal...terbaring lumpuh cane
Quote noor2 14-11-2022 02:57 PM
Tolongla jgn viral lagi hal2 bodoh sendiri ni...sakit hati tengok...simpan senyap2 bodoh sendiri boleh tak
Quote lattehazelnut 14-11-2022 03:00 PM
Edited by lattehazelnut at 14-11-2022 03:05 PM

Bukannye xde flying fox utk kanak2
Yang ada jaring kat bawah tu
Quote JunkMail 14-11-2022 03:29 PM
Macam saja saja pulak nak menduga kesabaran netizen mak bapak ni. Ke mak yang sama bawa baby hari tu?
Quote mawardia 14-11-2022 03:31 PM
exclusive_vvip replied at 14-11-2022 02:53 PM
terbalik pulak perangai sebilangan  parents kat malaysia ni..kerajaan buat undang2 soh pakai car sea ...

I ols sokong sgt dgn undang2 carseat tu tau.
Tapi tu la... msians ramai yg bodo.
Beranak byk2 pastu safety anak tak jaga.
Quote Sazreena 14-11-2022 03:44 PM
Yg resort operator tu pun sama bongok..ha padan muka kertas siasatan dah dibuka. Hambek!
Quote PinkyPie 14-11-2022 03:46 PM
Operatornya bukan main angkuh kat ig.
Quote sufi^_^ 14-11-2022 03:52 PM
mawardia replied at 14-11-2022 07:31 AM
I ols sokong sgt dgn undang2 carseat tu tau.
Tapi tu la... msians ramai yg bodo.
Beranak byk2 past ...

carseat mahal katanya, tapi modify kereta sampai dah serupa kenderaan alien tu ada pulak bajet dia
Quote gekkou 14-11-2022 03:55 PM
no age limit, weight and height ye operator ni
isk3..patut kena tarik lesen
mak pak boleh la cakap 'anak yang beria2 nak. tak bagi nanti menangis.anak dah biasa dan tak takut'

esok kalau kot jadi apa2 kat anak
menangis je la up status
malam boleh buat anak baru
Quote nariz 14-11-2022 04:10 PM
Yg i tak paham, kenapa suruh toddlers naik flying fox?
Budak2 tu nampak takut gilaa masa kt tgh2 tu
Bukan nya dorg paham apa pn
Stupid

Quote Bawang123 14-11-2022 04:14 PM
JunkMail: Macam saja saja pulak nak mend ...

Kan... Macam keturunan yg sama saja ni. Untung la.. Suburrrrr...
Quote .HannahMontana. 14-11-2022 04:21 PM
MUNGKIN INI LATIHAN KEKENTALAN DEMI MASA DEPAN ANAK YANG KIAN MENCABAR ????

latihan berani mati begini menjadikan sifat anak-anak itu membesar jadi panglima perang ???

Quote mawardia 14-11-2022 04:21 PM
sufi^_^ replied at 14-11-2022 03:52 PM
carseat mahal katanya, tapi modify kereta sampai dah serupa kenderaan alien tu ada pulak bajet dia ...

Walhal menteri dah jamin akan pastikan carseat harga mampu milik. Pastu siap la ramai mak bapak nak let go carseat secondhand. Taknak. Katanya kereta tak muat. Aiyohhh patut kalau dah nak beranak 6 org budak, dah get ready la MPV. Gitu lah mentality msians u ols.
Quote tikusmontok 14-11-2022 04:30 PM
Kat mana ni..aritu tgk tempat liplut pun ada,siap anak kecik dia pun naik

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049961 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top