CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Kecewa, Tiket Konsert Blackpink Mahal Sangat! Cecah RM2 Ribu

14-11-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5922| Komen: 115

Pengesahan kehadiran kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink ke negara ini sempena konsert jelajah dunia pada Mac tahun depan cukup mengujakan peminat.

Bagaimanapun, pengumuman harga tiket konsert kumpulan K-pop wanita paling berpengaruh itu yang mencecah sehingga RM2,000 menghampakan ramai peminat.

Isu berkenaan mula menjadi bualan peminat selepas penganjur, Live Nation mengumumkan harga tiket dan peta tempat duduk penonton menerusi Twitter kelmarin.

Harga tiket yang tertera pada poster dijual bermula serendah RM388 hingga paling mahal iaitu RM1,888 untuk pakej VIP soundcheck.


Foto: Rolling Stone


Rata-rata peminat menyuarakan rasa ketidakpuasan hati kerana harga yang dijual sangat mahal bahkan tidak berbaloi dengan pakej VIP yang ditawarkan penganjur.

Tidak kurang juga yang membandingkan harga tiket konsert kumpulan itu dijual jauh lebih murah di negara jiran lain seperti Thailand dan Indonesia.

“Tolong turunkan harga atau beri banyak lagi kelebihan atau tutup saja bahagian soundcheck. Harga yang langsung tak berbaloi.

“Negara lain dapat banyak kelebihan. Kami tak minta lebih, cuma nak pulangan berbaloi untuk harga yang kami bayar,” luah seorang peminat.

Bukan sekadar harga tiket yang mengecewakan peminat, bahkan kedudukan tempat duduk penonton juga mengundang rasa tidak puas hati ramai.

Dalam peta yang dikongsikan, jelas kelihatan jarak tempat duduk yang berharga murah (RM388 hingga RM788) diletakkan sangat jauh dari pentas.

Keadaan tersebut mengingatkan peminat tentang situasi sama yang berlaku ketika penganjuran konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish pada Ogos lalu.

“Kalau lokasinya di Axiata Arena boleh tahanlah. Tapi di tengah-tengah padang bola, nampak semut sajalah macam ini,” kata peminat lain.

Blackpink yang dianggotai empat ahli iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rosé dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac 2023.

Untuk info, Blackpink memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke negara Barat bermula di Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.

Konsert jelajah kumpulan itu akan memasuki negara Asia bermula dengan persembahan di Bangkok, Thailand pada 7 Januari tahun depan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-11-2022 12:33 PM
Dah tu yg kau hadap, tu la kau kena terima
Quote Skuau 14-11-2022 12:35 PM
hang ingat blackpink tu 'retis funfair'...bayor 5 hinggit ke???
Quote green~tea 14-11-2022 12:46 PM
Tengok kat youtube dah lerrr...  
Quote Artemesiaa 14-11-2022 12:50 PM
Tak puas hati elok tonton je persembahan mereka di negara lain dengan harga lebih murah.
Quote Nham22 14-11-2022 12:53 PM
Hahaha.. Ape yg best bp ni..? Menari pon tgk mcm x larat sbb kasut tu berat.. Lebih berat dr berat badan... Nak angkat kaki pon menari pon aku tgk mcm x larattt..
Badan tu keding amatt... Suara pon x sedap mane...silap2x lipsync saja...
Yg boleh jual seksi saja... Pakai seluar nampak bontot.. Sikit lg nampak lubang bontot.. Hahaha
Quote Perwira2022 14-11-2022 12:54 PM
Ingat nak masuk neraka tu murah ke?
Quote toynme 14-11-2022 12:58 PM
sape la choose gambo rose mcm tu...agent dia ni pun ntah pape...yang lain2 dance ok je kecuali si Jisoo...mcm patah pinggang...nak kata training makan tahun..harap jual muka je ler
Quote prince_marhaen 14-11-2022 01:01 PM
kira Nek Ani Terpaling Traditional boleh geng belackping lah ye tiket mahal...ekekekekekeke...kellas nek ani
Quote Supersirap 14-11-2022 01:03 PM
Jika peminat yang tegar, harga tiket merupakan perkara terakhir untuk dirisaukan
Quote Kitty_catz 14-11-2022 01:11 PM
kut BTS berapa pulak ekk?

Quote cm_vungtau 14-11-2022 01:22 PM
Blackpink is overrated.
Quote alieyrina 14-11-2022 01:30 PM
Bukan ka dah ada org yg questioned kenapa performance bp hauk kat konsert us baru2 ni ?

2k kira murah la tu utk level bp
Quote Sazreena 14-11-2022 01:30 PM
Baik ko tgk kat Thailand je sesambil jenjalan cari makan
Quote Sazreena 14-11-2022 01:30 PM
Baik ko tgk kat Thailand je sesambil jenjalan cari makan
Quote harisbee 14-11-2022 01:45 PM
Nyanyi miming pun ada org hadap? Kalu live berbaloi la jugak
Quote ninja boy 14-11-2022 01:49 PM
Kenapa kaya kan penyanyi
Quote nanasno 14-11-2022 02:03 PM
buat kat stadium bukit jalil memang jadi bilispink la mcm biliseilish haritu
Quote noorhairiahma 14-11-2022 02:07 PM
mahal2 pun, konfem penuh jugak tu nanti. siap tix sold out lagi. rakyat malaysia kan kaya2.
Quote kotakominami 14-11-2022 02:14 PM
Sape pegi die bodo......dah la nyanyi miming...nak tgok pon kena pakai teropong burong tuh...setakat tgok kat skrin baik la ko tgok kt ytube...pastu buat suare budak tadika konon kiut sgt...

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.066292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top