CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lelaki Bersanding Dan Makan Beradab Seorang Diri, Isteri Masuk Wad

14-11-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1666| Komen: 14

Hari persandingan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai, akhirnya terpaksa diraikan oleh pengantin lelaki seorang diri apabila isteri dimasukkan ke hospital.


Video yang dimuat naik oleh pengantin lelaki, @syaf0311 di akaun TikToknya, menunjukkan dirinya terpaksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa ditemani isteri di sampingnya.


“Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan.

“Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti,” tulisnya di dalam video itu.

Menurut video berkenaan itu juga, pasangan tersebut telah pun bernikah pada 29 September tahun lepas dan terpaksa menunggu setahun untuk bersanding kerana tuntutan kerja sang suami yang berkhidmat sebagai penjawat awam.



Walau bagaimanapun, sebab sebenar isterinya yang juga sedang mengandung itu dimasukkan ke hospital, tidak diketahui.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 204,500 tontonan, 10,100 tanda suka dan 81 perkongsian.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai mendoakan pasangan tersebut dan memberikan semangat buat mereka untuk terus kuat melalui dugaan tersebut.

“Kuatnya semangat.. semoga ada hikmah setiap yang berlaku. Insha Allah lepas hujan pasti akan muncul pelangi,” kata @princesshaida2032

Ada juga yang komen bahawa mereka senasib dengan pasangan pengantin ini, apabila hari persandingan yang ditunggu-tunggu terpaksa dibatalkan oleh pelbagai halangan yang tidak diduga.

“Saya teringin ingin bersanding, tetapi mak saya meninggal pada hari kejadian,” komen @kucingku_terbang. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-11-2022 01:02 PM
Memang tak ada rezeki dia nak buat macam tu tapi boleh je usahakan buat bila sambut ulangtahun ke 10 perlahwinan nanti
Quote krustykrab 14-11-2022 01:15 PM
Alahai...dah setahun pun dah ngandung pun..buat pe la nk sanding² ni. Kan ke sanding tu haram hukum dia...
Quote Adrif 14-11-2022 01:30 PM
krustykrab replied at 14-11-2022 01:15 PM
Alahai...dah setahun pun dah ngandung pun..buat pe la nk sanding² ni. Kan ke sanding tu haram hukum ...

eh? kenapa haram? maaf, first time dengar bersanding haram. kenapa ya?
Quote krustykrab 14-11-2022 01:50 PM
Adrif replied at 14-11-2022 01:30 PM
eh? kenapa haram? maaf, first time dengar bersanding haram. kenapa ya?

Menayang aurat, mekap tayang kt bukan mahram, bercampur gaul lakipompuan...lgpun itukan budaya hindu..
Quote mamajawie 14-11-2022 03:11 PM
alahai benda paling iolllss menyesal masa kawen ialah wat majlis bersanding..duit banyak habis n tak balik modal..penat namati sampai lepas salin baju bersanding buang mekap terus kitorang 1 family tido kat ruang tamu sampai ke malam yachh..punya la penat sampai tinggal solat..hanjjj sangat..kalau dapat ku ulang balik masa iollss nak wat majilis nikah je n duit spend untuk bersanding tu iollss nak gi honeymoon oversea ke tak pun beli gelang 40g agitchu
Quote miszclassique 14-11-2022 03:19 PM
mamajawie replied at 14-11-2022 03:11 PM
alahai benda paling iolllss menyesal masa kawen ialah wat majlis bersanding..duit banyak habis n tak ...

I bukan penat bersanding tapi penat posing untuk photographer sampaikan i yg tegur dia cakap i taknak bergambar dah, tak larat
Sumpah menyesal bayar photographer dan videographer agithuuu, i pulak jenis mmg tak suka posing2 & bergambar
Elok pergi bergambar kt studio jelah
Quote sufi^_^ 14-11-2022 03:23 PM
dan ini adalah isu semasa kerana????
Quote KamikuP 14-11-2022 03:36 PM
Kerana tiktok semua manuisa jadi glemer cyst
Quote Perwira2022 14-11-2022 03:39 PM
Jom Semua pakat selongkar gambar @video lama & jadikan tiktok.. Untung2 boleh popular
Quote batmana 15-11-2022 08:05 AM
Yg laki pn...Dh bini kt spital..tk payahlah bersanding..nampak cm bini dh meninggal atau dh lari plak sanding dorg cmni..
Quote Prickford 15-11-2022 08:11 AM
krustykrab replied at 14-11-2022 05:15 AM
Alahai...dah setahun pun dah ngandung pun..buat pe la nk sanding² ni. Kan ke sanding tu haram hukum ...

Yelah, haram kalau langgar syarat2 yg dah diperkatakan. Kalau tak buat benda2 dlm syarat tu, hukum harus.

Quote ladybugz 15-11-2022 08:30 AM
kesian sanding sorg2. takleh postpone kah? atau takyah la sanding2 tu. just layan tetamu jala. tarikh photography tu buat asing n tangguh dulu. tp pelik juga dah setahun kawin baru nk sanding. bg i dah lama sgt tu. mesti la jiran2 kawan2 saudara mara semua dha tau die dah menikah sbb bg i tujuan utk buat majlis ni sbb nk war2 kan kat semua yg kita dah nikah supaya x jd fitnah
Quote rosedemon 15-11-2022 09:54 AM
xpela bini masuk wad bukan mati pon
Quote krustykrab 15-11-2022 11:06 AM
Edited by krustykrab at 15-11-2022 11:07 AM
Prickford replied at 15-11-2022 08:11 AM
Yelah, haram kalau langgar syarat2 yg dah diperkatakan. Kalau tak buat benda2 dlm syarat tu, hukum ...


Sanding zaman 80an hingga skrg ni mmg tak prnh menepati islam pun..iols prnh je pegi wedding niqabis lst 3yrs, still tergedik2 atas pelamin depan bukan mahram.
Ikut islam, kenduri(bukan sanding) pihak gegirl harus saja yg sunat buat kenduri tu pihak boboy...tp boleh kata 100% pihak gegirl yg beria nk buat.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.068470 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top