CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Gagal Untuk Melucuthak 2,435 Barang Kemas, 7 Jam Tangan Dan 29 Beg RM80 Juta Milik Rosmah

14-11-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2687| Komen: 25

KUALA LUMPUR – Kerajaan gagal untuk melucuthak 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita ketika serbuan di sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. di Pavilion Residences empat tahun lalu.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kesemua barangan mewah itu hasil penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mempunyai kaitan dengan aktiviti haram yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini pada 26 September lalu, pihak pendakwaaan berhujah bahawa 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang disita di Pavilion Residence milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. adalah hasil penyelewengan dana 1MDB.


Foto: Kosmo


Bagaimanapun peguam bela Najib, Tania Scivetti, pula berhujah, tujuh jam tangan mewah jenama Richard Millie itu adalah barangan yang dihadiahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiada bukti kukuh menunjukkan jam tangan itu dibeli Najib menggunakan dana 1MDB.

Pada 25 Julai 2020, Najib dan Rosmah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Ia susulan pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings Sdn. Bhd. bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata, 306 beg tangan, serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Najib dan isterinya Rosmah adalah pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas serta jam tangan dalam permohonan pelucuthakan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusof.

Barangan yang disita oleh polis dari premis milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada Mei 2018 telah dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -CARI

Sumber: Kosm

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 14-11-2022 01:06 PM
So selama ni fitnah je la ye
Quote Adrif 14-11-2022 01:31 PM
aiyo.. haritu baru lawyers negara megah di mata dunia, "No one is above the law.", katanya

fast forward beberapa bulan.. hmmmm
Quote Suchi 14-11-2022 01:35 PM
So dapat balik la ye? Boleh laa guna wat belanja dapur ye dak.
Quote Orix 14-11-2022 01:36 PM
mahkamah kesian kot nk bg dia gadai buat bayar denda bilionnnzzzzzzzzz haritu
Quote mojarean_X 14-11-2022 01:39 PM
Hidup kak mah
Quote pinggan 14-11-2022 01:44 PM
Wah kalau aku team yg berhempas pulas handle kes ni, mesti aku rasa nak hempuk meja je. That's it, so much of "justice"
Quote s@s@ 14-11-2022 02:03 PM
xde money trail kot, resit beli pun ntah xde.... sudah nk kaitkan aset tu dgn duit seleweng
Quote rikiruj 14-11-2022 02:14 PM
Beg dah naik kulat… jam ok lagi kot tapi tak surelah kalau yg pakai enjin spring yg kena putar once in a while atau yg pakai enjin kinetik boleh rosak gak kalau lama tak pakai / gerak. Biasanya pengumpul jam2 mewah ni depa ada alat to make sure jam bergerak nak menten kinetik enjin tu.
Quote juruterra 14-11-2022 02:15 PM
rikiruj replied at 14-11-2022 02:14 PM
Beg dah naik kulat… jam ok lagi kot tapi tak surelah kalau yg pakai enjin spring yg kena putar once ...

beg2 mewah ni pun boleh di hantar servis boleh jd elok balik...dan jual silap2 dpt harga lg mahal dr harga beli. Gitu la...beg marhaen kita kulat2 mmg buang je la

Quote ultra78 14-11-2022 03:12 PM
ros.jpg
Quote Imkhai 14-11-2022 03:39 PM
Nek mah dh x brnafsu rsnya nk brgaya dgn brg2 ni semua nk brjln pon nmpk mcm x larat
Quote supernaturalee 14-11-2022 03:41 PM

real ke fotoshop ni



Quote kakikuDibibirmu 14-11-2022 03:44 PM
photoshop_thumb.jpg
Quote rosedemon 15-11-2022 09:53 AM
kak mah beli tu hasil keja keras. kerjakan najib
Quote Nnasda53 15-11-2022 09:57 AM

Teruknya kulit muka dia.
Quote arm_band 15-11-2022 05:08 PM
dari tahun lepas tak dapat2 nak forfeit semua harta tu kan
Quote sepiITUindah 15-11-2022 05:14 PM
rosmah ni keja mende
saudagar minyak ker
Quote dani-rox 15-11-2022 06:25 PM
dah bole byr denda mahkamah ke, mcm mana... byk sungguh duit laki bini penyamun nih
Quote jasmeen 15-11-2022 11:46 PM
soalan jujur,kulit di tu.memang dah tak boleh tarik ke macamana? sebab dia pakai.banyak filler tapi tak rata so nampak berbenjol sana sini..maybe kena bagi hyaluronidase eh tak tau la macamana nak buat.difficult case ni..o stop injecting and let the filler dissolve by time..tapi nanti kendur tak rata juga..eh tak taula

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057263 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top