Penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin sekali lagi menarik perhatian orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.
Video yang dimuat naik di akaun media sosialnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyoalkan kredibilitinya dan kesahihan maklumat tersebut. “Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan,” kata Siti Afifah dalam video tersebut. Di ruangan komen, ramai yang kelihatan tidak percaya akan maklumat yang dikongsi kerana meragui kredibiliti Siti Afifah yang bukannya seorang doktor kesihatan atau pakar pemakanan untuk bercakap tentang topik berkenaan.
“Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor,” kata @khairuddintaha590 Dalam pada itu, ramai juga yang berkata mereka tidak pernah mengalami situasi dijangkiti kutu hanya kerana minum susu berlebihan selama ini. “Alhamdulillah saya dah berumur, selalu minum susu tidak ada pula kutu,” kata @suhainaza. Terdahulu, Siti Afifah Shahbudin pernah tular di media sosial gara-gara lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi. – CARI Sumber: Kosmo
|
kucing_gebu replied at 14-11-2022 12:29 PM
aku mcm nak babikan je dia ni
airfilterkotor replied at 14-11-2022 12:26 PM
Somi dia takmo mencelah pasal kutu kaa?
Mana la tauu kot-kot ada teori-teori baru yang aku pun tak p ...
kepompong replied at 14-11-2022 12:53 PM
somi dia siapa you.. malas la nak baca artikel & cari knfo. spoonfeed please
tak jawab pun tkp ...
krustykrab replied at 14-11-2022 01:04 PM
Laki dia yg duk backup dia dlm video dia pasal tunjuk pepwk kat dok lelaki. Tak ingat nama apa.
kepompong replied at 14-11-2022 01:06 PM
kena tengok video ke? hm tkpe la no thank you. igt laki dia doktor ke pilot ke kan
ADVERTISEMENT