CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut, 6 Ahli Keluarga Cedera Honda Accord Langgar Belakang Treler Dekat R&R Sungai Buloh

14-11-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1689| Komen: 8


Kemalangan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada Isnin menyebabkan seorang wanita maut manakala enam ahli keluarganya yang lain cedera.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.10 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tujuh sekeluarga telah melanggar bahagian belakang sebuah treler," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Keadaan kenderaan yang dinaiki tujuh sekeluarga terlibat dalam kemalangan berhampiran kawasan RnR Restoran Jejantas Sungai Buloh, pada Isnin.


Norazam berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Suami mangsa berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah, manakala empat lagi anak mereka termasuk bayi lelaki kembar berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.

"Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 14-11-2022 11:43 AM
semalam je 2 kes kematian dalam kemalangan melibatkan ahli keluarga. hari ni ada lagi
Quote Artemesiaa 14-11-2022 12:24 PM
Makin hari makin banyak kejadian kemalangan maut macam ni dilapurkan
Quote nini_azmi 14-11-2022 12:27 PM
Salam takziah. Musim2 hujan ni harap semua berhati2..
Quote kepompong 14-11-2022 12:31 PM
Dalam gambar mcm tak remuk seat just kat body depan pun boleh meninggal ye
Quote alieyrina 14-11-2022 01:36 PM
Dgn jumaat ni bekalan cuti lagi byk kenderaan nanti
Quote harisbee 14-11-2022 01:42 PM
Cina ke mangsa? Kalu melayu dah sebut nama satu persatu dah
Quote sukacactus 14-11-2022 02:11 PM
Trailer tu xde lampu blkg ke
Aku dl skit lg nak eksiden kat hiway pasal trailer depan xberlampu
Quote boo09 18-12-2024 08:30 AM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.083315 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top