Di sebalik kehidupan gelap dilalui golongan pelacur tua sejak berpuluh tahun lamanya, masih ada sebenarnya keinginan untuk mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Malah, semakin menebal perasaan insaf setiap kali memikirkan usia yang semakin lanjut selain soal kematian. Bagaimanapun, impian untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain terpaksa dilupakan atas desakan hidup untuk mencari rezeki, selain tiadanya usaha daripada pihak luar yang tampil secara serius untuk membantu. Difahamkan, terdapat kira-kira 20 hingga 30 wanita warga emas berusia 55 hingga 74 tahun kini mencari rezeki di lorong-lorong gelap di sekitar ibu kota dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan. Berdasarkan tinjauan Kosmo! baru-baru ini, antara lokasi popular yang dijadikan sarang maksiat oleh golongan ini adalah di lorong gelap di sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling di sini. Mengulas lanjut, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur, Nor Akmar Ali mengakui bahawa bantuan kerajaan sangat sukar diperoleh bagi membantu golongan ini memandangkan warga emas ini turut terlibat dengan masalah penagihan dadah. “Mereka pernah mahu berhenti daripada melakukan ‘kerja’ ini, lebih-lebih lagi yang dah tua dan uzur. Namun, kami tidak boleh nak hantar ke mana-mana lokasi sebab ramai antara mereka terlibat dengan dadah. “Memang benar mereka terkait dengan dadah, tetapi itulah yang perlu diusahakan untuk membantu mereka keluar daripada kehidupan gelap ini,” katanya kepada Kosmo!. Nor Akmar yang berpengalaman selama tujuh tahun menguruskan golongan itu turut kecewa dengan pelbagai alasan tidak masuk akal yang diterima daripada pihak luar sehingga membantutkan usaha kumpulan sepertinya bagi membantu golongan berkenaan. “Saya pernah tanya pelbagai pihak berwajib, mana nak letak mereka ini tetapi semua tempat tak terima. Alasan yang diberikan, mereka tiada kepakaran dan anggota yang boleh uruskan golongan ini. “Kalau tak ada, wujudkanlah. Golongan warga emas ini juga kecewa, terpaksa pasrah dengan takdir dan terus hidup begitu sehingga kini,” katanya. Beliau berkata, pengalaman menyaksikan berbelas-belas pelacur warga emas mati di ‘tepi jalan’ membuatkannya terus berjuang untuk membantu golongan berkenaan keluar daripada kehidupan gelap itu. “Kerajaan tolonglah bantu sebab sekarang hanya kurang 30 orang sahaja yang tinggal. “Itu pun sebab masih ada yang bergantung kepada dadah dan ada antara mereka yang tiada ahli keluarga. “Rumah yang kami sediakan untuk mereka sekarang pun cuma rumah terbiar yang tiada bekalan elektrik atau air. Hanya menjadi tempat untuk mereka menunggu masa untuk pergi,” jelasnya. Atas desakan itu, Nor Akmar merayu kepada pihak berwajib untuk memberikan sedikit peruntukan ataupun bantuan tempat tinggal bagi menguruskan golongan ini. “Sampai sekarang saya masih menanti. Kalau kerajaan kata tak boleh buat, bagi kami buat sebab kami arif tentang emosi dan cara menguruskan mereka. “Bagi peruntukan dan kami uruskan. Kalau ada bangunan atau rumah kosong yang muat didiami untuk 30 orang, boleh beri kepada kami. “Setakat makan dan minum, ramai pihak lain yang sudi bantu. Cuma untuk pengurusan dari segi warden dan tenaga kerja, kami memang minta bantuan pihak berwajib dan kerajaan untuk terlibat sama,” katanya. Menurutnya lagi, golongan ini juga bukanlah mencari nafkah dengan hanya melacur di jalanan semata-mata, namun ada antara mereka yang membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Bagaimanapun, katanya, pendapatan yang diterima itu tidaklah terlalu besar, sehingga membuatkan warga emas ini terpaksa meneruskan kerja-kerja melacur di jalanan. “Ramai yang mahu berubah, cumanya desakan hidup membuatkan mereka sukar untuk kembali ke pangkal jalan. “Mereka rajin bekerja, ada yang cari duit tambahan dengan kerja mencuci di kedai makan, potong sayur, jual kotak dan sebagainya. “Sebagai masyarakat, kita tiada pilihan lain selain membantu mereka yang mahu berubah,” tambahnya. Kosmo! Ahad semalam mendedahkan mengenai sisi hitap golongan pelacur warga emas yang masih mencari rezeki dengan menawarkan khidmat seks di lorong-lorong. Antara yang terlibat temasuk seorang wanita berusia 74 tahun yang telah menjalankan aktiviti pelacuran selama 60 tahun demi mencari rezeki. Sumber: Kosmo |
Simunggu replied at 14-11-2022 11:04 AM
dah tua 74 tak monopos??? masih boleh?? ada nafsukah tu??
manjalara_01 replied at 14-11-2022 11:26 AM
Saje nk share kisah benar i just can't forget.
Ade sorg pelacur ni umur die 64 tahun kat kl. Baru2 ...
Suchi replied at 14-11-2022 11:31 AM
Pastu sampai KL masuk plak mulut naga ke?
Ermm siannya dr belasan tahun tu.
Kiranya mmg tak penah ...
manehnya replied at 14-11-2022 11:57 AM
tua2 pun on... yg jenis mcm ni x kena pulak cancer serviks bagai.. kebal kut...
rasa mcm kucing pun ...
sayawifenikmie replied at 14-11-2022 12:21 PM
... tak usahlah tanya soala-soalan bodoh
semestinya yg tua2 ni dah lama menopos ... tak ada napsu ...
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2022 12:33 PM
Jangan lupa sapu KY Jelly nanti melecet
manjalara_01 replied at 14-11-2022 11:26 AM
Saje nk share kisah benar i just can't forget.
Ade sorg pelacur ni umur die 64 tahun kat kl. Baru2 ...
krustykrab replied at 14-11-2022 01:12 PM
Siannya....bapa tu pun awatla gila sgt nk kawin kn budak kecok dgn org tua tanpa persetujuan dia. ...
manehnya replied at 14-11-2022 03:17 PM
pak dia nk bg menikah benda halal, yg p melacur tu diri sendiri yg pilih jalan
ADVERTISEMENT