CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Mati, Seorang Lagi Parah Terperangkap Pada Pintu Garaj

14-11-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 980| Komen: 3

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terperangkap pada pintu garaj, manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius.

Daily Star melaporkan, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sebuah rumah di Newport, South West Melbourne kira-kira 7.30 malam, pada Sabtu lalu.


Foto agensi

Dua kanak-kanak lelaki itu dipercayai terperangkap di pintu garaj di sebuah rumah keluarga.

Paramedik tiba di tempat kejadian sebelum mereka merawat kedua-dua kanak-kanak lelaki itu dan seorang disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital dalam keadaan serius.


Polis, petugas ambulans dan anggota bomba semuanya tiba di tempat kejadian walaupun masih tidak jelas bagaimana kanak-kanak itu terperangkap.

Polis Victoria berkata, kejadian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Tragedi itu mengimbas kembali kejadian pada 2014 apabila seorang wanita Cambridgeshire yang meninggal dunia selepas diseret ke atas ke dalam mekanisme pintu roller shutter (penutup gendela gulung) tempat letak kereta bawah tanah.

Heidi Chalkley, 40, keluar dari tempat letak kereta apabila dia memegang pintu ketika ia naik ke atas sebelum terangkat.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-11-2022 03:30 PM
Sekali baca ingatkan terperangkap pada pintu faraj, rupanya garaj
Quote kakikuDibibirmu 14-11-2022 03:33 PM
Ingatkan terperangkap di pintu faraj tadi
Quote supernaturalee 14-11-2022 04:10 PM
KamikuP replied at 14-11-2022 03:30 PM
Sekali baca ingatkan terperangkap pada pintu faraj, rupanya garaj

wow....padu kemutan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.080018 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top