Yusuf Shah berjaya memperoleh markah yang tertinggi dalam ujian Mensa menewaskan Albert Einstein dan Stephen Hawking.
Kanak-kanak yang berumur 11 tahun itu telah mendapat keputusan 162 iaitu yang tertinggi boleh dicapai bagi kategori umur bawah 18 tahun. Hawking mendapat keputusan 160 manakala Einstein walaupun tidak menduduki ujian tersebut secara rasmi dikatakan telah mendapat keputusan yang sama. Yusuf memilih untuk menduduki ujian tersebut setelah rakannya di sekolah mengatakan dia sangat bijak.
Yusuf meraikan kejayaan yang dikecapi dengan juadah di Nando's bersama keluarganya. "Semua orang di sekolah menyatakan saya sangat bijak. "Saya juga mempunyai perasaan ingin tahu untuk melihat adakah saya berada dalam kedudukan dua peratus teratas dari keseluruhan mereka yang mengambil ujian itu. 'Saya berasa berbangga untuk mempunyai sijil yang dikhaskan ke atas saya dan saya seorang sahaja," katanya. Yusuf tinggal bersama keluarganya di Wigton Moor, Leeds dan berharap untuk menyambung pengajian dalam bidang matematik di Oxford atau Cambridge. - CARI Sumber: mStar/Mirror
|
rosedemon replied at 15-11-2022 09:51 AM
ko makan apa dekkk
Triple_8 replied at 15-11-2022 10:44 AM
Kalau berkerja di Malaysia nanti, gaji beliau ialah RM1,700 sebulan.
ADVERTISEMENT