CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Nyaris Cedera Bumbung Rumah Runtuh

14-11-2022 07:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 854| Komen: 2

Sepasang suami isteri nyaris cedera selepas bumbung rumah yang didiami mereka di Taman Impian di sini, runtuh secara tiba-tiba kira-kira pukul 3.26 petang tadi.


Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, ketika kejadian, mangsa, Khairul Faiz Kamaruddin, 38, bersama isterinya sedang duduk di atas sofa di bahagian ruang tamu tidak jauh dari tempat runtuhan.


Keadaan rumah yang dihuni sepasang suami isteri di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas bumbungnya runtuh secara tiba-tiba petang tadi.

“Kejadian itu berlaku apabila atap genting dan alang kayu rumah tersebut patah secara tiba-tiba.


“Ketika ini, nilai kerosakan masih belum diketahui dan satu laporan polis akan dibuat mangsa sebelum dikemukakan kepada semua agensi yang terlibat untuk bantuan bencana,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, pasangan suami isteri itu tidak mengalami kecederaan dan difahamkan menyewa rumah tersebut sejak lima tahun yang lalu dengan kadar sewa RM600 sebulan.

Kata Boon Poh, ketika ini, mereka tinggal di sebuah hotel di Alma dekat sini, selama beberapa hari hasil bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Kai Loon.

Jelas beliau, pejabat ADUN Machang Bubok juga akan membuat permohonan rumah sewa bencana untuk mangsa melalui unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Wawasan, di sini.

“Pada masa sama, mangsa akan dipertimbangkan untuk mendapat Tabung Bantuan Segera Negeri (TBSN) memandangkan terdapat kerosakan harta benda milik mereka seperti perabot, peti ais, meja makan dan kerusi, televisyen, sofa serta monitor komputer,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 14-11-2022 07:52 AM
ade insurans bole kelim kan
Quote glump 14-11-2022 08:26 AM
Rumah sewa...pindah rumah baru

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055895 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top