CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Terima Toyota Raize, Vespa Primavera Sebagai Mas Kahwin

14-11-2022 07:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1056| Komen: 3

Sebuah majlis pernikahan di wilayah Jawa Tengah menjadi tular kerana pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa sebuah kereta dan motosikal jenis vespa, lapor portal berita Wolipop semalam.


Berdasarkan video yang dikongsikan, rombongan pengantin lelaki dilihat tiba di rumah pengantin perempuan sambil membawa kereta jenis Toyota Raize dan vespa Primavera.



Kedua-dua kenderaan itu dikatakan berharga sekitar 230 juta rupiah (RM68,781) dan 50 juta rupiah (RM14,952) setiap satu.

Menurut jurusolek yang memuat naik video itu, Fitrilia Arum Laras Shinta, majlis perkahwinan tersebut berlangsung pada 10 November lalu di Pati, Jawa Tengah.


“Penduduk Pati kebiasaannya menyerahkan mas kahwin berupa kenderaan,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Jika benar-benar cinta, tak perlukan harta, tak perlukan sandiwara, pasti berkekalan,” kata seorang netizen.

“Saya bersusah payah untuk tersenyum dan bermimpi kerana mimpi itu ternyata amat mahal,” kata seorang netizen sambil merujuk kepada mas kahwin tersebut.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 14-11-2022 07:27 AM
bila lagi nak menunjukkan kita kaya
Quote plywood 14-11-2022 07:39 AM
kitmal replied at 14-11-2022 07:27 AM
bila lagi nak menunjukkan kita kaya

rasanya ini bukan kes semua nak tunjuk kaya tapi sebab dah jadi adat atau kebiasaan kat situ... orang yang tak berapa mampu pun terpaksa berhempas pulas pulak nak cari sebab terpaksa ikut.. mungkin ada yang berhutang
Quote shernazz 14-11-2022 08:27 AM
Mcm2 kan depa punya hantaran.
Katnsini ada indon tu buat hantaran berupa makanan
Seri muka..lapis..mcm2 jenis kuih pastu nasi ereb wei...
Lagi banyak..lagi berduit katanya...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078017 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top