CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anu' Mungkin Tak Berfungsi Lepas Ditembak Bekas Suami Isteri Angkara Cemburu

12-11-2022 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1628| Komen: 8

Cemburu melihat bekas isteri kahwin lain, seorang lelaki menembak kemaluan suami baharu wanita itu.


Daily Star melaporkan, Oonkaew, 37, didakwa menyerang mangsa selepas mabuk bersama teman wanitanya.

Ketika kejadian, dia pergi ke rumah bekas isterinya di Chumphon, selatan Thailand pada malam Khamis lalu sebelum membuka pintu dan mengacukan pistol ke arah Somchai Sakoolchai, 40.


Bunteurm (kiri) menembak Somchai (atas kanan)

Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah paha mangsa. Lelaki itu ditahan selepas bekas isterinya, Ubonrat, 35, menghubungi polis.


Ketika disoal siasat, Bunteurm sambil ketawa mendakwa bahawa pistol itu telah ‘tersilap’ tembak. Dia bagaimanapun direman kerana cubaan membunuh.

Somchai dalam pada itu dibawa ke sebuah hospital dan kini dilaporkan berada dalam keadaan sedar, tetapi kemaluannya cedera parah sehinggakan paramedik bimbang ia tidak dapat berfungsi lagi.


Isteri mangsa, Ubonrat (atas)

“Saya baru pulang dari tempat kerja dan sedang duduk minum di dalam bilik bersama teman wanita sebelum bangun dan mengeluarkan pistol yang saya simpan di dalam almari.

“Saya berjalan melepasi rumah bekas isteri, jadi saya berhenti untuk bercakap dengannya. Namun, saya secara tidak sengaja memegang pistol dan menarik picu.

“Tembakan dilepaskan dan mengenai bahagian antara kaki Somchai, tetapi saya tidak berniat untuk berbuat demikian,” kata Bunteurm.

Ubonrat memberitahu polis bahawa dia mempunyai dua anak dengan bekas suaminya dan mereka telah bercerai sekitar enam tahun lalu. 


Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote schabella 12-11-2022 11:40 PM
Ohyemgi sadis sekali..
Quote sharlenetexas 13-11-2022 12:01 AM
Bobbit versi thailand?


Quote kaoru44 13-11-2022 08:00 AM
dah lama bcerai nya..xpsl2 je suami baru tu kena..
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2022 08:37 AM
201_copy_1024x1024.png
Quote buapakperut 13-11-2022 04:52 PM
Pening iols baca tajuk dan caption gambar
Quote batmana 13-11-2022 05:05 PM
tu yg org kata, janda yg kematian suami la paling selamat utk dikahwini.....

Quote midori888 13-11-2022 05:20 PM
Tak mati plak dia
Quote acik79 13-11-2022 09:53 PM
Apa la masalah dia ni? Gila talak ke apa? Sian suami baru tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050475 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top