CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Belah Perut Rakan Hamil, Culik Bayi Dalam Kandungan Dihukum Mati

12-11-2022 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1181| Komen: 9

Seorang wanita dari Texas, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil berusia 21 tahun pada Oktober 2020 selain bertindak 'menculik' bayi yang dikandung mangsa.


Hukuman itu dikenakan ke atas Taylor Rene Parker pada Rabu oleh Mahkamah New Boston susulan perbicaraan yang berlangsung selama beberapa minggu bermula September lepas.


News.com.au

Menurut dokumen mahkamah, pada hari kejadian, Parker telah mengunjungi rumah rakannya, Reagan Simmons-Hancock, 21, yang sedang sarat mengandung pada 9 Oktober 2020 dan menikam mangsa lebih daripada 100 kali.


Dia kemudian membelah perut mangsa untuk mengeluarkan kandungan sebelum bertindak melarikan diri.

Parker ditahan polis tidak lama kemudian kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian bersama bayi berkenaan di atas ribanya.

Ketika itu Parker memberitahu pihak berkuasa yang dia baru sahaja melahirkan bayi itu.

Bayi tersebut dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Difahamkan sebelum kejadian, Parker pernah memberitahu teman lelaki serta saudara-mara yang dia sedang mengandung.

Malah, dia turut mengumumkan 'kehamilan'nya itu di media sosial.

Namun hakikatnya, Parker tidak mampu mengandung kerana telah menjalani pembedahan histerektomi.


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 12-11-2022 02:40 PM
Jahatnya…. Pi ambil anak angkat. Tak pasal2 budak tu jadi anak yatim…
Quote sambaldurian 12-11-2022 04:40 PM
acik79: Jahatnya…. Pi ambil anak angk ...

Bayi tu pun meninggal pastu. X sempat jd anak yatim. Dia telah mengorbankan 2 nyawa.
Quote LostStar 12-11-2022 04:59 PM
adoaiiii... sadis btllll
Quote Suchi 12-11-2022 07:52 PM
Motip ko tikam sampai 100 kali? Tikam kat mana kalau maknya mati dulu sblm baby lahir mmg la susah baby tu nak selamat.
Belah sana manjang ada kejadian gini curi baby dlm perut.
Sementara kt sini baby sihat molek merata je orang campak.
Quote jazaa100 12-11-2022 08:15 PM
acik79 replied at 12-11-2022 02:40 PM
Jahatnya…. Pi ambil anak angkat. Tak pasal2 budak tu jadi anak yatim…

Budak tu pun dah arwah cik.....
Quote acik79 13-11-2022 02:16 PM
jazaa100 replied at 12-11-2022 08:15 PM
Budak tu pun dah arwah cik.....

Tu la maksud aku sebelum dia meninggal tu… tak pasal2 dah tak de maknya… bapanya tak tau pula pi mana… adoi pelik2 la dioarg ni. Terdesak sampai macam tu sekali…
Quote dauswq 13-11-2022 02:20 PM
dia buang rahim ketika usia muda?
Quote KamikuP 14-11-2022 12:33 PM
Eh mcm meolls dah penah baca cerita ni. Meolls dejavu ke atau ulangsiar?
Quote Artemesiaa 14-11-2022 12:52 PM
Sendiri punya mahu hadap ler hukumannya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054368 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top