CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Sedih, Santuni Keluarga Penunggang Motosikal Maut Kemalangan

11-11-2022 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1904| Komen: 6

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk menyantuni keluarga penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang, Pahang hari ini.



IG Istana Negara

Menurut hantaran Istana Negara di Instagram, ketika itu, Al-Sultan Abdullah dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang ke Istana Negara di sini, sebelum konvoi kenderaan Seri Paduka melalui lokasi kemalangan.

"Seri Paduka menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa penunggang motosikal itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu," menurut hantaran berkenaan.




Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.


Sumber: Bernama





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .HannahMontana. 11-11-2022 10:30 PM
siapa pernah hadap kematian org tersayang??????

pedih sehingga ke tulang hitam

airmata mengalir atau bergenang mcm xkan pernah berhenti lagi

Takziah

sesungguhnya mati itu pasti

insyaALLAH bertemu kita di akhirat kelak di sbeuah negeri yang abadi !
Quote Sazreena 12-11-2022 12:31 AM
Sedih sedih gak...hulur hulur la sikit buat raso-raso..kalau akak tu suri rumah struggle gak la nak teruskan idop tanpa somi.
Quote opie5662 12-11-2022 12:51 AM
Sazreena: Sedih sedih gak...hulur hulur  ...


Die ni kalau jumpe2 tgh jalan mcm tu mesti die hulur jugak... Kdg2 pegi makan2 pon jumpe budak2, die suruh bodyguard die hulur sket...

Salam takziah utk akak ni.. Kesian nye lahai..
Quote seripahzeripah 12-11-2022 01:56 AM
.HannahMontana.: siapa pernah hadap kematian or ...


I trauma sampai sekarang...mcm baru semlm je jadi walaupun dah lebih 10 tahun
Quote Suchi 12-11-2022 07:54 PM
Sedih tgk akak tu terjelupuk gitu,hanya Allah je tau betapa pedih dia rasa
Quote gideoncross 14-11-2022 01:22 AM
Aiol tringat kat TV3 dlu msuk news yg prmpuan ni mnangis sbb mak sheol kna lnggar dgn motor.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.653120 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top