CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3,000 Tan Produk Tiruan Bernilai RM320.3 Bilion Dimusnahkan Di China

11-11-2022 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1020| Komen: 9

Pihak berkuasa China memusnahkan 3,000 tan produk tiruan bernilai AS$69 billion (RM320.3 bilion) dalam acara yang diadakan di 17 wilayah dan bandar, demikian menurut Televisyen Pusat China (CCTV) seperti dilaporkan laman berita Wion News semalam.


Barang rampasan itu termasuk jenama tiruan minuman beralkohol dalam botol daripada Treasury Wine Estate dan pengeluar baijiu mewah (minuman keras) Kweichow Moutai, lapor media kerajaan.

Satu kenyataan daripada Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran memetik pegawai Sichuan, Yang Xingping sebagai berkata, pemerintah telah mengutamakan aktiviti membanteras pelanggaran dan ‘membetulkan secara paksa fenomena haram dan huru-hara melalui kawalan ketat’.


Pihak berkuasa China turut memusnahkan sejumlah besar produk tiruan daripada jenama Nike dan Louis Vuitton. - Shutterstock


‘Operasi pemusnah’ adalah sebahagian daripada Minggu Publisiti Dasar Persaingan Adil China 2022.

Acara awam sedemikian bukan perkara biasa di China, di mana pengeluar barang tiruan kekal menjadi industri besar walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya.

Terdahulu pada Rabu lalu, gergasi peruncitan Amazon membongkar tiga operasi pemalsuan barang di China dengan bantuan Biro Keselamatan Awam (PSB) dan Unit Jenayah Tiruan (CCU) Amazon.

Gergasi e-dagang itu berkata, lebih 240,000 barangan tiruan telah dirampas oleh penguatkuasa undang-undang di wilayah Guangdong dan Jiangxi.

“Kami menghargai penguatkuasaan undang-undang yang bertindak atas rujukan kami dan meneruskan kes-kes ini secara menyeluruh,” kata peguam CCU Amazon, Kebharu Smith dalam satu kenyataan.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menganggarkan, perdagangan global dalam produk tiruan adalah sebanyak AS$464 bilion (RM2.15 trilion) pada 2019 dan berkata, ledakan dalam e-dagang pada 2020 hingga 2021 membawa kepada pertumbuhan besar dalam bekalan barangan tiruan. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .HannahMontana. 11-11-2022 10:10 PM
sempena PRU ke di lupuskan semua produk tiruan ituuuuuuu




marilah datang ke Malaysia , kais bakar semua ahli politik palsu lagi tiruan

bersepah menyalak kebulur nak jawatan

kasi mampuss PH DAP , dan semua parti di dalam PH
Quote cicicumel 11-11-2022 10:10 PM
Sygnyer...
Quote Daftpunk_shine 11-11-2022 11:22 PM
Coach tak dimunahkan sekali ke? Kemain bersepah coach kekonon dari coach us personal shopper..padahal china mariiiiii
Quote Perawankota 12-11-2022 05:50 AM
Daftpunk_shine replied at 11-11-2022 11:22 PM
Coach tak dimunahkan sekali ke? Kemain bersepah coach kekonon dari coach us personal shopper..padaha ...

PS mana tu jual Coach fake?
Quote kepompong 12-11-2022 06:00 AM
giant retail dia pegi translate “gergasi”
Quote kaedahnya 12-11-2022 07:51 AM
sayang la pulak. buang label pastu tambah or buang sikit sikit design dia tak boleh ke?
Quote Belibis 12-11-2022 01:12 PM
Ironinya...semua barang ciplak datang dari situ..
Quote margo20 12-11-2022 06:39 PM
Pastu buat lg patut kilang buat tu kena bakar skali
Quote orkid_amani 12-11-2022 08:08 PM
Beg elbi kebanggaan acik2[em:17:] [em:17:]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.124299 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top