CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sabah Pun Tak Diurus Dengan Baik, Ada Hati Warisan Nak Urus Negara

11-11-2022 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1016| Komen: 5

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan rakyat agar jangan terlalu percaya dengan janji pembangkang.

Selama dua tahun Parti Warisan (Warisan) memerintah Sabah, mereka gagal menguruskan negeri ini dengan baik, inikan pula mereka bercakap soal Perdana Menteri dari Sabah.


IG Hajiji

“Datuk Shafie (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) ketika memerintah dulu, Sabah pun tidak terurus dengan baik.

“Kini, Azis Jamman (Datuk Mohd. Azis Jamman) pula mempersoalkan kenapa hanya tawarkan jawatan TPM (Timbalan Perdana Menteri), kenapa tidak PM (Perdana Menteri). Macam mana mahu jadi PM, sedangkan di Sabah pun mereka kalah.


“Dua tahun menjadi kerajaan negeri, hala tuju pun tiada, melainkan fitnah sana-sini. Jadi, apa yang mereka banggakan? mereka bangga dapat menubuhkan syarikat minyak masak, tetapi tidak pernah untung,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping Membakut, semalam.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, berlainan dengan GRS yang membuktikan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh dua tahun memerintah di Sabah.

“Kita mampu memperoleh kutipan hasil negeri sebanyak RM5.449 bilion pada tahun lalu dan kejayaan tersebut tidak pernah dicapai oleh kerajaan sebelum ini,” katanya.

Hajiji berkata, beliau jarang bercakap soal politik namun, musim pilihan raya ini, banyak perkara perlu dikongsi bersama rakyat terutama berkaitan pencapaian kerajaan negeri pimpinan GRS dan Barisan Nasional (BN).

“Saya kena bercakap apa yang sudah, sedang dan akan kerajaan negeri laksanakan.

“Walaupun kita berhadapan pandemik Covid-19 pada awal pemerintahan, ia tidak menghalang kerajaan GRS-BN terus mengorak langkah dan mengatur strategi memulihkan ekonomi.

“Kita atur kerajaan sebaik-baiknya dan pada tahun ini kita dijangka akan memperoleh kutipan hasil yang lebih besar iaitu RM6 bilion,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan Warisan memerintah bukan sebab mandat rakyat tetapi ada wakil rakyat terutama Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang melompat menyertai Warisan.

Keadaan itu menyebabkan kerajaan Barisan Nasional jatuh dan ternyata kerajaan yang dibentuk tanpa mandat rakyat tidak mampu bertahan lama. Itu sebabnya, selepas dua tahun Warisan memerintah, Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Warisan hilang sokongan majoriti.


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 11-11-2022 11:56 PM
Edited by Tembikaigoreng at 11-11-2022 11:59 PM

Macam muka Korea
Quote mojarean_X 11-11-2022 11:58 PM
Semak pula iols tgk bendera warisan byk kt tempat iols. Yihhh sgt
Quote DeLuna85 12-11-2022 01:47 AM
Belum habis satu penggal korang dah sibuk beli adun. Ramai je penduduk Sabah dapat geran tanah. Dah ada jenama dan kilang minyak masak sendiri. Shafie apdal siap meeting ke japan lg usulkan buka kilang toyota di Sabah.
Quote putu 12-11-2022 06:41 PM
2×5, 5 × 2
Quote AWEKSAMURAI 13-11-2022 01:49 AM
Shafiee Afdal jaga Sabah lebih baik dari Bong Mokhtar yeee

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.146136 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top