CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Hari Mendatang Sangat Kritikal, Wakil Rakyat Respons Segera Jika Banjir - Pakar Meteorologi

11-11-2022 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1244| Komen: 15

Tiada apa yang boleh dilakukan wakil rakyat selain memberi respons segera jika banjir berlaku dalam masa terdekat, ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin hampir.


Pakar Meteorologi, Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari akan datang sangat penting untuk meramalkan apa yang akan berlaku.


Gambar hiasan/Al Hijrah

"Kalau saya lihat apa yang sedang berlaku sekarang, elemen-elemen yang mungkin menyebabkan banjir besar memang sedang berlaku. Sama ada jadi atau tidak (banjir besar), dua atau tiga hari inilah penentunya dan kena diperhatikan

"Sekiranya banjir besar, akan ambil masa untuk respon dan proses pemulihan seperti yang kita lihat pada tahun 2014 dan 2021. Kalau jadi banjir besar, orang tak nak dengan kempen, mereka sibuk cuci rumah, fikirkan kerugian dan kemusnahan.


"Sekiranya sebelum 19 Nov tidak berlaku banjir besar, selesa sedikitlah. Tetapi kalau berdasarkan ramalan, kita hanya ada dua hari saja di mana ramalan cuaca baik.

"Jadi dua, tiga hari ini perlu diberi tumpuan," katanya ketika muncul dalam program Malaysia Memilih, pada Jumaat.

Tambahnya, wakil rakyat perlu memikirkan untuk menyediakan peruntukan besar bagi kawasan mereka yang terdedah dengan banjir kerana usaha mengurangkan risiko banjir bukan sahaja memerlukan masa yang panjang, tetapi juga kepakaran kejuruteraan yang hebat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak menangguhkan PRU15 jika banjir besar berlaku.


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 11-11-2022 10:11 PM

Quote farhani87 11-11-2022 10:49 PM
Risau iols. Last year rumah iols banjir juga. ????
Quote Suchi 11-11-2022 11:18 PM
Doa yg baik2 jelaa. Nak banjir ke apa biarlah lepas PRU tu jelaa.
Setelkan jelaa cepat2.

Quote pyropura 12-11-2022 05:11 AM
Rakyat semakin marah, so makin marak usaha benamkam Be End di peti undi.
Quote stingergrumpy 12-11-2022 06:25 AM
Bagai teda wujud banjir langsung tika dan saat ini over many days now sehingga tidak kelihatan mp berok(bera) mendepani dan mengehsani mangsa banjir yg terjejas .....

Takut kena maki carut berbakul bakul keww kerana seolah dgn sengaja hendak menyusahkheun rakyat dgn membuat pru dlm keadaan musim sebegini?
Quote stingergrumpy 12-11-2022 06:51 AM
Respond berok jika diajukheun keadaan ini will be?

SPR adaler badan yg telah diberi kuasa utk decides whether to pospone or to teruskheun pru bersandarkheun keadaan semasa...

Bangsat punya manusia...tak mo pulak ambik nasihat pihak berwenang
(Met dan pakar)bila mensyorkheun pru supaya tidak diadakheun waktu tengkujuh seperti ini...kelahnatan ko masih menguasai otak ko utk teruskheun juga utk bubar parlimen......dah sampai keadaan begini...ko tolak kuasa pada spr...

Semoga rakyat gunakheun kosa undi mereka utk tunjukkheun ko .....mwnusia seperti ko tak layak utk lead this country...kerana the basic ehsan ko pada rakyat langsung takda
Quote Lentera 12-11-2022 06:53 AM
Kalau banjir besar, kita kasi batal pru
Quote Belibis 12-11-2022 10:31 AM
Suchi: Doa yg baik2 jelaa. Nak banjir ...

Baik sebelum pru..baru la bantuan melimpah ruah..
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2022 01:54 PM
Rumah akak yang tak pernah-pernah becak pun tiba-tiba becak, air tak diterima bumi?
Quote alesandra 12-11-2022 02:09 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2022 01:54 PM
Rumah akak yang tak pernah-pernah becak pun tiba-tiba becak, air tak diterima bumi?

Ini mesti x berkuntum kt thread blastoff
Quote namieamuro 12-11-2022 02:12 PM
mane yg nak sgt pru dlm musim tengkujuh tu standby la boat byk2 buat marhein. korg degil sgt kan. bongok selfish sgt. moge melingkup mereka2 ini semua
Quote namieamuro 12-11-2022 02:14 PM
Lentera replied at 12-11-2022 06:53 AM
Kalau banjir besar, kita kasi batal pru

simpati dgn org2 yg dh  berabis duit utk tiket.

Quote CiliPadiSedap 12-11-2022 03:53 PM
zahid hamidi sanggup redah banjir. inilah pemimpin paling berhati mulia dan wajar di ikuti
Quote CiliPadiSedap 12-11-2022 08:08 PM
kakikuDibibirmu: Rumah akak yang tak pernah-pernah becak pun tiba-tiba becak, air tak diterima bumi?


longkang sis tersumbat kut. lain kali pakai baju kelawar

Quote CiliPadiSedap 12-11-2022 08:12 PM
siapa nak berjalan musim banjir ni :

> roti dan jem simpan dalam kereta
> torchlight power bank
> pump tayar
> water mineral
> sejadah telekung
> duit cash! wajib bawa walaupun hp ada e wallet ke apa
> jumpa tempat solat terus solat jangan tangguh2 minta doa moga selamat perjalanan



sebab pengalaman kaka terperangkap dalam jem akibat jalan utama banjir. kalau xde urusan penting duduk je rumah , jgn nak merayap musim banjir, nanti terberak tepi jalan.

lagi satu jumpa je mana2 stesyen minyak terus ISI!!! jgn duk tangguh ke depan. confirm tersadai!! jem sampai 8 jam kereta tesla pun xtahan.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.166412 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top