CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pengsan Atas Bumbung Maut Ketika Pasang Kabel Internet

11-11-2022 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1578| Komen: 11

Seorang pekerja syarikat telekomunikasi meninggal dunia ketika melakukan kerja pemasangan kabel Internet di atas bumbung dekat Jalan Tengas, Taman Lela 1 di Kamunting, petang tadi.


Terdahulu, lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu dikatakan pengsan di atas bumbung, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).


Lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu dikatakan pengsan di atas bumbung, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). - Gambar/ JBPM

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting digerakkan ke lokasi.


"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki pengsan di atas bumbung sewaktu melakukan kerja pemasangan kabel Internet.

"Pasukan bomba melakukan kerja menurunkan mangsa menggunakan pengusung.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Izuan Ahmad itu tamat pada jam 5.14 petang.


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-11-2022 09:48 PM
Innalillah...ramai org mati tiba2 muda2...apasal menteri2 yg jahat ni x mati tiba2 mcm ni...
Quote Triple_8 11-11-2022 09:56 PM
Air suchi jangan diseru. Nanti ada pula yang tersampuk.
Quote Page88 11-11-2022 10:11 PM
Rest In Peace.
Quote Page88 11-11-2022 10:12 PM
Rest In Peace.
Quote dudaberhias 11-11-2022 10:31 PM
kesiannya... kena renjatan ke atau heat stroke? tapi nampak macam mendung...
Quote makiting 11-11-2022 11:07 PM
noor2 replied at 11-11-2022 09:48 PM
Innalillah...ramai org mati tiba2 muda2...apasal menteri2 yg jahat ni x mati tiba2 mcm ni...

Hahaha.. kannn
Quote BartholomewKuma 11-11-2022 11:25 PM
Edited by BartholomewKuma at 11-11-2022 11:26 PM

Kebel fibre tm mana ada arus letrik. Jadi mustahil dia kena renjat karan. Kalu nak kata panaih, la ni musim2 ujan mendung. Sat kalu aku tanya dah berapa dos angpa kecam aku pulak. Tapi sesekala aku dok baca berita sok kabaq, aku pikiaq benda ni juga. Pasai ramai hat mati tiba2 muda2 ni. Ada la sikit ujung hati dok terdetik. Kot kot la natang tu jadi punca.
Quote ultra78 12-11-2022 06:54 AM
Ada problem kesihatan ni
Quote Lentera 12-11-2022 07:02 AM
noor2 replied at 11-11-2022 09:48 PM
Innalillah...ramai org mati tiba2 muda2...apasal menteri2 yg jahat ni x mati tiba2 mcm ni...

Mungkin sbb menteri2 yg jahat tu dah tua bangka. Lain kategori. Bukan lagi "mati muda"
Quote Belibis 12-11-2022 07:44 AM
noor2 replied at 11-11-2022 09:48 PM
Innalillah...ramai org mati tiba2 muda2...apasal menteri2 yg jahat ni x mati tiba2 mcm ni...

Lepas keputusan pru nanti la kottt..
Quote becir 12-11-2022 07:46 AM
Macam ceta desperate housewives, handyman diaorg meninggal atas bumbung time repair rumah Edie.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.182288 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top