Lelaki yang menggunakan Toyota Vellfire milik isterinya untuk menjalankan kegiatan kereta sewa haram atau ‘ulat’ bagi menarik pelancong asing menggunakan perkhidmatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), ditahan pihak berkuasa pada Rabu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, siasatan mendapati lelaki tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM180 kepada penumpang untuk ke ibu negara.
“Toyota Vellfire yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun itu berjaya ditahan ketika hendak membawa tiga pelancong warga Jepun ke ibu negara,” katanya ketika dihubungi hari ini. Tambah beliau, siasatan mendapati, lelaki yang mendakwa beliau terpaksa menjalankan kegiatan kereta sewa haram untuk mendapatkan pendapatan sampingan itu menggunakan kenderaan milik isterinya. Menurut Khairul Khar, lelaki itu kini ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Sesiapa yang bersubahat terlibat dalam kegiatan ‘ulat’ juga boleh didakwa di bawah Seksyen 243(1) di bawah akta yang sama, ujarnya. Sumber: MalaysiaGazette |
eyansss replied at 12-11-2022 12:14 AM
bang, ko tak reti register jadi grab driver ke bang…
jazaa100 replied at 12-11-2022 08:20 AM
Klu dia register, lg byk masuk kannn sbb kekdg passenger nk keta besar sbb family ramai....
Klu p ...
eyansss replied at 12-11-2022 12:14 AM
bang, ko tak reti register jadi grab driver ke bang…
pooh~key replied at 12-11-2022 11:25 AM
Grab tak boleh tiaw sampai 180 ringgit ke KL sister. Akak tolong jawabkan bagi pihak dek vellfire ...
eyansss replied at 12-11-2022 12:55 PM
mana mau? dapat job takleh tiaw sangat atau tiaw rm180 sekali kena denda rm50k? hahaha...
ADVERTISEMENT