Oleh Izzah Abbasy
Sana sini cerita perihal papan segway ini. Apakah yang menjadikan papan segway ini begitu popular? Untuk pengetahuan bersama, papan segway atau segway board dan dikenali juga levi-board adalah alat bantuan seperti skateboard dan skuter kaki yang dijadikan alat pengangkutan bagi jarak dekat. Ia sesuai untuk mereka yang malas berjalan atau yang ingin ke pejabat atau ke sesuatu destinasi yang berdekatan.
Segway mempunyai dua roda besar pada bahagian sisinya. Pengguna harus berdiri di atasnya dan hanya menggerakkan tubuh. Ia mampu bergerak sejauh 16 kilometer (km) dan mempunyai kelajuan maksimum 6.4 km sejam serta menggunakan kuasa bateri yang hanya boleh dicas selama dua hingga tiga jam.
Kini ia menjadi suatu trend kerana ramai artis, ahli sukan dan mereka yang berkemampuan memiliki papan segway ini. Sehinggakan baru-baru ini seorang lelaki telah tawaf mengelilingi Kaabah dengan menggunakan papan segway ini. Namun, ia telah menjadi viral dan dikritik netizen kerana ia dipercayai bercanggah dengan rukun umrah dan haji. Kenapa ia undang kecelakaan? 1) Sehubungan dengan lelaki yang menjadi viral tawaf menggunakan papan segway ini, ramai pengguna laman sosial meminta ulama keluarkan fatwa mengenai isu itu. Ia sekaligus mengelirukan jemaah haji dan orang ramai. Ada yang berpendapat, penggunaan papan segway ini perlu diharamkan kerana semasa menjalani fardhu haji, sepatutnya diberikan tumpuan kepada zikir dan doa. Tetapi jika menggunakan papan ini, tumpuan hanya diberikan kepada papan segway ini untuk menyeimbangkan badan mereka. Ada jua yang berseloroh, sepatutnya lelaki itu berjalan memandangkan dia sihat dan jika dia mempunyai masalah kesihatan, kerusi roda telahpun disediakan. 2) Usain Bolt, 29 pelari pecut dari Jamaika yang menjuarai acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter lari berganti-ganti pada Kejohanan Dunia di Beijing telah dilanggar oleh jurukamera China yang gagal mengawal papan Segway. Jurukamera itu dikatakan baru saja menggunakan Segway tersebut. Namun, dia tidak sengaja melanggar Bolt dari belakang sehinggakan insiden itu sukar diterima di China dan kerajaan negara itu mengharamkannya daripada disiarkan. Selepas kejadian tersebut, Bolt dilihat menggunakan papan Segway ini di lapangan terbang.
Sejauh mana ia selamat digunakan sebenarnya ia bergantung kepada pengendali atau penggunanya. Perlu ambil pusing cara penggunaannya dan di mana ia sesuai digunakan. Jangan nanti papan segway ini menyusahkan orang awam dan ramai lagi yang tercedera dengannya. Paling utama, jangan terlalu teruja dengan rekaan alatan baru ini sehingga ia membuatkan anda hanya mementingkan diri sendiri. - CARI Infonet |
1
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noraidil_06 replied at 2-9-2015 06:01 PM
x de mslh la.pantang ade tech baru, sibuk nk haramkan.i want one pls.
Changa replied at 2-9-2015 06:17 PM
the thing is teknologi ini bukan baharu pun.
segway yang original tak berapa pop sebab mahal jah. ...
Changa replied at 2-9-2015 10:16 AM
hauk nya artikel taraf pprt jah.
segway ini dah berkurung lama nya. bukan la suatu teknologi yang ...
blythes replied at 2-9-2015 06:23 PM
Baru baca pasal orang tawaf pakai Segway. Hukumnya harus. Zaman nabi pun ade orang tawaf atas unta
kelapaparut replied at 2-9-2015 06:36 PM
Tawaf naik motosikal beskal xpe ke uolz, takut nanti ummah lobai meleis tempatan fatwakam sesat na ...
perang_candu replied at 2-9-2015 06:48 PM
ye lah.. better kerajaan arob sa'udi bina eskalator berpusing keliling kaabah
revolusi_30 replied at 2-9-2015 07:45 PM
Sekarang ulama kena bincang pulak pasal tawaf pakai segway.... Bila nk bincang pasal kemajuan ummah ...
ADVERTISEMENT