CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Pemuda Pas Sik Mohon Maaf Terlanjur Kata Masuk Neraka Jika Undi BN, PH

11-11-2022 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1414| Komen: 14

Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Mohd. Nasir memohon maaf atas keterlanjuran katanya dengan menyatakan sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.


Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi satu video ringkas berdurasi 34 saat yang dipaparkan di laman media sosial Facebook Pemuda Pas Sik, hari ini.

Mohd. Shahiful mengakui perkara berkaitan syurga dan neraka tidak ditentukan hanya kepada penyokong BN dan PH, sebaliknya melibatkan secara umum yang melakukan kebaikan atau kejahatan.


FB

“Saya ingin memohon kemaafan kepada semua pihak yang telah tersinggung dengan ucapan yang telah tular sebelum ini.


“Saya sekali lagi ingin memohon maaf kepada semua atas kekhilafan disampaikan. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua,” katanya.

Video tersebut turut dimuat naik dengan status Facebook yang meminta semua pihak agar menghentikan segala bentuk sebaran klip video ceramahnya sebelum ini.

Ia bagi menjamin keharmonian selain memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bebas daripada isu perkauman dan agama yang melampau.

Dalam status sama, beliau turut menegaskan bahawa apa saja tindakan yang cenderung terhadap kemungkaran dilakukan sesiapa pun, tetap merupakan perkara yang salah dan wajib ditegah.


202211up_1668172285234

Menerusi petikan siaran secara langsung ceramah PN di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bendang Man dekat Sik baru-baru ini, Mohd. Shahiful terlebih dahulu mengingatkan kalangan pengundi agar mengundi PN.

“Siapa pangkah BN dan PH, masuk ‘pi’ neraka,” katanya.

Susulan penyebaran klip video tersebut, Mohd. Shahiful dikecam pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 11-11-2022 09:41 PM
Sejak bila lobai dilantik jd PA tuhan?
Quote Whitney72 11-11-2022 09:46 PM
Firenzza replied at 11-11-2022 09:41 PM
Sejak bila lobai dilantik jd PA tuhan?

...kan
Quote Nurdianah 11-11-2022 09:47 PM

Quote jejaka_hensem 11-11-2022 09:51 PM
Rela masuk neraka undi ph dari tengok penunggang2 agama ni naik
Quote asamfish 11-11-2022 09:53 PM
lobai najis! jijik!
Quote kesempitan 12-11-2022 12:33 AM
Pemegang kunci syurga

Shahidan kasim pun fia kata anugerah Allah
Quote ultra78 12-11-2022 12:39 AM
Memang la tersalah sebut. Dah parti guna modal agama aje. Benda lain dah takleh nak fikir.
Quote MissVixen 12-11-2022 01:25 AM
Suka hati je nak menerakan orang.
Quote printercomel 12-11-2022 09:59 AM
Kau tu konfirm syurga ke kimak?
Quote Solokkk 12-11-2022 10:00 AM
Tak habis2 pangai penunggang si PAS nih
Quote Denco 12-11-2022 10:07 AM
Lebai pas bebal dulu & kini. Tu je la modal ko, syurga syurga syurga... otak penyokong pun penuh taik sambil sambut takbir
Quote KamikuP 12-11-2022 12:34 PM
Penunggang agama lebai kepam tahik lalat
Habis la umat zaman nabi tak undi PAS masuk nuraka semua
Quote Abahmung 12-11-2022 02:52 PM
Sbnarnya undi parti tunggang agama yg akn masuk neraka
Quote pokaibanktokyo 13-11-2022 01:54 PM
Bodohnya puki Shahiful Mohd Nasir

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.106010 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top