CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Juta, Ratus Ribu Pun Tak Sampai - Tiada Keperluan Calon PAS Isytihar Harta

11-11-2022 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2017| Komen: 26

Tiada keperluan buat calon Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, calon-calon Pas bukan sahaja rata-ratanya tidak memiliki banyak harta, malah cukup dikenali pengundi setempat.


FB Hadi

“Harta kita (calon Pas) tidak banyak, orang lain sebut juta-juta, kita ratus ribu tidak sampai juta. Jadi tidak perlu isytihar.

“Orang kita (Pas) yang terlibat dengan politik ini berniaga pun kena sekat macam-macam,” katanya ketika ditemui di Rusila di sini hari ini.


Beliau mengulas pengisytiharan harta yang diwajibkan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding pada PRU15 ini.

Abdul Hadi berkata, beliau percaya keputusan tidak mewajibkan calon Pas untuk mengisytihar harta masing-masing bukanlah isu besar.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu juga tidak kisah sekiranya ia dipolitikkan oleh parti-parti politik lain. 


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 11-11-2022 04:28 PM
Ba alip ba ya
Quote supernaturalee 11-11-2022 04:31 PM
koh koh koh

spt dijangka oleh ramai forummer


Quote cikatilia 11-11-2022 04:44 PM
tiberrr
gaji 64k sebulan weh
Quote cmf_premierleag 11-11-2022 04:46 PM
Saja la tu tak nak declare
Ntah2 ada syrkt balak ke......ye la dah memasing tarah balak kt kelantan sana kan smpi gondol.

Quote salimrock 11-11-2022 04:53 PM

fa qof
Quote CiliPadiSedap 11-11-2022 04:53 PM
cmf_premierleag replied at 11-11-2022 04:46 PM
Saja la tu tak nak declare
Ntah2 ada syrkt balak ke......ye la dah memasing tarah balak kt kelantan  ...

banjir lumpur 2014
Quote salimrock 11-11-2022 05:01 PM
jgn pak lebai, nnti menang , kemenangan di tarik sebab tak isytihar harta,
Quote prince_marhaen 11-11-2022 05:13 PM
FA QOF.....BA WAU TA WAU HA...

ahahahahahahaha....asal sakit sikit pun semua oversea, selsema pun rawat oversea.......buttttttttt***
Quote dani-rox 11-11-2022 05:17 PM



Quote prettyuglybabe 11-11-2022 05:31 PM
marhaen jugak yang kesian..
harta pendapatan tak seberapa tiap tahun kena declare lhdn
Quote ultra78 11-11-2022 05:44 PM
[youtube]T6d-gbS5QUQ[/youtube]
Quote Thunderclouds 11-11-2022 06:05 PM
بوتوه لا
Quote apam 11-11-2022 06:13 PM
ultra78 replied at 11-11-2022 05:44 PM


Yg ni lawak gilere
Quote aechae 11-11-2022 06:51 PM
Alahh korg pn xyah nk eja2 lah xpuas…
Tulis je terang2…babi lahhh gtuu
Quote nono86 11-11-2022 10:34 PM
Istihar aje, kejujuran itu penting..
Quote Orix 12-11-2022 12:25 AM
Kalo ameno ada wak jahid sbg liabiliti, pas ada mangkok hayon hadi ni
Quote arnauld 12-11-2022 06:43 AM
Edited by arnauld at 12-11-2022 08:51 AM

Bekas Isteri Yakin ADUN Melor Mampu Bayar RM3 Juta
Khamis, 19 November 2009 12:00 AM
KOTA BAHARU: Bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melor, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yakin bekas suaminya mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta berdasarkan kemampuan defendan.

Siti Aishah yang berasal dari Kemboja, berkata ini kerana defendan Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu bahawa bekas suaminya itu (Wan Ismail) mempunyai wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham amanah termasuk aset yang lain.


"Bekas suami pernah beritahu ada wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam saham amanah tidak termasuk di bank simpanan yang lain.


ADVERTISING




X
"Defendan juga selain itu ada beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara," katanya ketika menjawab soalan peguamnya Mohd Sibri Ismail di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Abdullah Man.


Suasana hening seketika apabila plaintif menangis dan sebak di kandang saksi apabila menceritakan keadaan hidupnya selepas bercerai pada 16 April tahun lepas.

"Saya rasa terkilan kerana sebagai mualaf memerlukan perhatian untuk membesarkan anakanak yang masih kecil dan saya pernah merayu agar rujuk kembali tetapi tidak dilayan," katanya.

Beliau juga mengakui semasa berkahwin pernah menuntut kenderaan, rumah dan modal untuk menjalankan perniagaan tetapi bekas suaminya tidak berbuat demikian atas alasan agar anakanak mereka Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, dapat dibesarkan dengan sempurna terlebih dahulu.

Siti Aishah yang kini menjalankan perniagaan pakaian dan tudung wanita, berkata bekas suaminya juga gagal membayar nafkah sebanyak RM500 kepada setiap anaknya itu.

"Dalam tempoh edah selama tiga bulan saya sendiri yang membayar sewa rumah di Taman Tanjong Chat di sini," katanya.

Peguam Mohd Raziman Yaccub yang mewakili Wan Ismail memohon prosiding ditangguhkan kepada suatu tarikh lain berikutan pihaknya belum bersedia membuat soalan balas terhadap plaintif berikutan kekeliruan tarikh perbicaraan tuntutan hari ini.

Abdullah kemudiannya menetapkan 3 Disember ini untuk menyambung perbicaraan tuntutan mutaah itu.

Tuntutan mutaah mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Tahun 2002 itu difailkan Siti Aishah pada Januari lepas sebagai pampasan atau sagu hati selepas bercerai bagi menjaga kebajikan dirinya dan kedua-dua anak tersebut.

Pada perbicaraan hari ini, Wan Ismail tidak hadir dan Mohd Raziman memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu sedang menunaikan ibadat haji. BERNAMA





Quote noor2 12-11-2022 07:02 AM
Percaya laaa sgt...dah la guna agama untuk parti....tapi tindakan langsung x ikut agama...puih
Quote ultra78 12-11-2022 07:46 AM
Tak ada duit hingga sampai tak bayar nafkah anak mcm sorang calon PAS dulu kan..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.151391 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top