CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelanggan Ugut Bagi Rating Rendah Kalau Tak Dapat Sos Thai Percuma

11-11-2022 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1384| Komen: 2

Seorang pengusaha sebuah restoran makanan Cina Muslim di Facebook meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang pelanggan.


Pihaknya yang menerima pesanan pelanggan tersebut melalui aplikasi Foodpanda kecewa apabila pelanggan terbabit meninggalkan nota berbaur ugutan untuk memberikan maklum balas rating rendah kepada pihak restoran sekiranya tidak memenuhi permintaannya bagi mendapatkan sos istimewa rasa Thai secara percuma.



Ujar pihak restoran, permintaan itu adalah mustahil kerana sos berkenaan dikenakan caj tambahan seperti yang tertera dalam menu pada aplikasi pesanan makanan.


“Kami jarang nak post tentang pelanggan. Kami rasa perlu untuk berbuat demikian hari ini bukan sebab rating low yang diberi, tetapi sikap dan ugutan yang dibuat customer untuk mendapatkan extra sauce for free.

“Seperti mana yang anda semua tahu, kami ada mengenakan caj untuk setiap extra sauce request. Dan pilihan ini pun ada di bahagian selection 'Choice of Extras' dalam Foodpanda,” jelasnya.

Dakwa pemilik restoran itu lagi, walaupun sudah dimaklumkan tentang hal berkenaan namun pelanggan yang sama tetap mencari helah untuk mendapatkan sos percuma.

“Customer ini buat pesanan kali kedua hari ni untuk permintaan yang sama, extra Thai sauce. Kali pertama, kami sudah remark di order slip memaklumkan terdapat caj tambahan untuk extra sauce.

“Hari ini, customer (yang sama) sekali lagi buat request dan ugut akan bagi low rating kalau tidak bagi Thai sauce. Boleh baca review yang diberi dalam Foodpanda dan biar gambar berbicara.

“Kalau masakan kami ada masalah, kami akan perbaiki. Tetapi ugut untuk mendapatkan free sauce kami tidak akan terima,” katanya lagi.

Jelas pengusaha kedai berkenaan itu lagi, pihaknya menyedari bahawa caj keseluruhan yang dikenakan kepada pelanggan termasuk pesanan menu utama serta sos tambahan menerusi aplikasi tempahan adalah lebih tinggi.

Justeru dia menasihatkan pelanggan terbabit agar datang sendiri ke restoran untuk membuat pesanan dengan harga yang lebih rendah.

“Sos kami memerlukan ramuan untuk dimasak, bukan ready made sos tomato pakai tuang saja. Untuk makluman semua, harga di platform Foodpanda adalah lebih mahal kerana mereka ada mengenakan komisen.

“Rider pun kena dibayar gaji, mereka bukannya kerja untuk free. Kalau nak harga murah, disarankan walk-in dan pesan di kedai.

"Kami di sini pun advised anda untuk belajar memasak di rumah ya. Tidak perlu lah nak order dengan kami lagi,” jelasnya.



Meninjau di ruangan komen, pelanggan serta netizen tampil dengan memberi sokongan pada pihak restoran tersebut.


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 12-11-2022 06:54 AM
Karen betul customer dia tu
Quote Mooverine 12-11-2022 09:06 AM
yucks jijik customer macam ni.. tak mampu buat cara tak mampu, takyah la sampai bagi rating rendah
patut customer mcm ni, FP blacklist saja

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.143680 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top