CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut, Tiga Lembu Mati Motosikal Rempuh Sekumpulan Lembu

11-11-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1639| Komen: 8

Seorang remaja maut, manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka secara berasingan merempuh sekumpulan lembu yang berada di atas jalan raya dalam kejadian di Jalan Batang Rokan-Bukit Rokan, Tampin, malam tadi.


Muhamad Idzham Hakimi Amin, 16, dari Felda Bukit Rokan disahkan meninggal dunia oleh pasukan  paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, tiga lembu termasuk dua anak lembu turut mati di lokasi kejadian.


Rmaja maut rempuh sekumpulan lembu di Jalan Batang Rokan-Bukit Rokan, Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 8.40 malam membabitkan dua motosikal ditunggangi remaja berusia 16 tahun dari arah Gemencheh menghala ke Bukit Rokan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat sekumpulan lembu di atas jalan dan kedua-dua motosikal tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut dan jatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi penunggang di bawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ujar Anuwal lagi, mayat penunggang motosikal dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu tampil ke Balai Polis Trafik,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau menghubungi talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan. 

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-11-2022 10:45 AM
Salam takziah. Cari tuan punya lembu tu
Quote sukacactus 11-11-2022 11:05 AM
Salam takziah
Bodoh nya tuan lembu
Xkan ada yg nak ngaku la kan
Quote prince_marhaen 11-11-2022 11:39 AM
SAMAN TUAN LEMBU YANG PERANGAI MACAM LEMBUUUU!!
Quote Supersirap 11-11-2022 11:44 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Travelo 11-11-2022 12:28 PM
bukan aje lembu mati, tp katak pun mati..bak kata org tua2..mati katak
Quote prettyuglybabe 11-11-2022 02:13 PM
kesian lembu..

Quote CikYaYaYa 11-11-2022 07:45 PM
Bodoh punyaa tuan lembu. Orang bela binatang ko pon nak belaa. menyusahkan orang
Quote Firenzza 12-11-2022 11:51 AM
Mesti org kg ckp tu lembu liar, mcm babi liar msna ada owner

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.964587 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top