Tular kejadian di Finland apabila seorang wanita mendedahkan suaminya merupakan abang tirinya sendiri selepas setahun ibu bapa mereka mendirikan rumah sejak 2019.
Matilda Eriksson, 23, mula berkenalan dengan Samuli sebagai adik-beradik tiri dan bertemu semula semasa bersama-sama dengan keluarga untuk menyambut unlang tahun kelahiran ibunya yang ke-50. Ujarnya, mereka difahamkan hanya mengambil masa dua minggu untuk menjalin hubungan yang lebih serius, namun menerima pelbagai reaksi negatif daripada rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun, sokongan dan pendapat daripada ibunya sendiri membantu menyelesaikan kebuntuan wanita berkenaan dengan meminta untuk meneruskan perkahwinan mereka. Malah, ibunya turut memberitahu wanita tersebut untuk lakukan apa saja yang dirasakan betul dan mengikut kata hati dalam membuat keputusan. Susulan itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk mengahwini abang tirinya sendiri dan mengakui bahawa keadaan mereka menyebabkan sedikit kekeliruan kerana terpaksa menukar gelaran abang kepada suami. Sumber: OHBulan |
sharlenetexas replied at 10-11-2022 07:12 PM
Mak bapak lain2 ok je kawin.
Myhappyending replied at 11-11-2022 01:34 PM
Kalo dlm islam boleh ke mcm ni ek
ADVERTISEMENT