CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sampai Sekarang Saya Masih Ingat,"- Siapa Juri Yang Hina Ayda Jebat Kaw-Kaw Dulu?

10-11-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9395| Komen: 53

Ayda Jebat, 30, mengakui dia masih lagi mengingati komen-komen berbaur penghinaan yang pernah diterimanya daripada juri ketika menyertai sebuah program realiti TV dulu.


Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, hingga kini dia masih belum dapat melupakan komen-komen 'menghina' itu yang disifatkannya sebagai perkara tidak 'best' (baik) untuk dikenang oleh mereka yang pernah menjadi peserta.

Foto: IG

"Saya cuba memberi penilaian sebaik mungkin kepada semua peserta Awesome Raja Lawak (ARL) dengan teliti mengikut apa yang sepatutnya mereka terima daripada hasil persembahan yang dibuat itu.

"Saya pernah berada di tempat mereka (peserta). Saya pernah ada di situ (dalam program realiti). Saya pernah rasa orang (juri) hina kita. Jadi, kita rasa, eh aku ingat sampai sekaranglah. Jadi, saya tak nak ia berlaku lagi.


"Kita nak 'knowledge' (pengetahuan), tapi kita tak nak benda yang boleh jatuhkan 'mood' kita dan kita ingat sampai sekarang. Macam saya, hingga kini masih mengingatinya dan rasa tak 'best'," katanya.



Terdahulu, Ayda ditemui pada acara kemuncak ARL selepas menjadi juri bersama pelakon berkaliber, Khir Rahman dan pelawak 'otai', Saiful Apek untuk program realiti yang mencungkil bakat pelawak itu.

Ayda berkata, kalau pun sekarang mereka (peserta) tak rasa, tapi bagi dirinya sendiri, dia tak nak ulang benda yang pernah berlaku dulu kepadanya.

Katanya, jika peserta itu layak dapat markah sebaiknya, mereka memang layak.



"Jadi, saya rasa macam awak 'deserve' (layak) untuk dapat, awak 'deserve'. Rasa macam tak, saya akan terus cakap tak kelakar. Tapi, tetap beralas dan abang Khir akan bantu beritahu, ini bahagian yang awak perlu 'touch up' (cantikkan).

"Kadang-kadang bila kita bincang sesama juri, saya akan minta pandangan juga macam mana nak komen yang sebaiknya supaya saya tidak terlepas cakap, apa kau buat ni?. Sebabnya, dalam persembahan itu, pasti ada sedikit potensi yang kita kena cakap juga pada peserta," katanya.





Menurut Ayda, baginya tugas dan tanggungjawab sebagai juri tidak mudah. Katanya, dia juga melihat kredibiliti dirinya untuk menjadi juri dan pasti kena terus belajar dan belajar lagi dengan rajin bertanya kepada juri lain agar tidak tersalah cakap serta peserta mendapat mesej disampaikan.

Pada kemuncak ARL itu, enam peserta terpilih berentap iaitu Soda, Se'eh, Mabo, Azhar, Sedare dan Manja bersaing merebut hadiah juara berupa wang tunai RM50,000 yang akhirnya dimenangi oleh kumpulan Soda. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-11-2022 04:55 PM
sheols cantik macamana pun tetap nampak roh Rosnah Mat Aris ditiupkan ketika bersalam dengannya.. hahahahaha
btw, meols rengsek tengok muka laki terencat sheols dengan bulu sana sini, sideburn potong dia..hahahaha muka annoying gila..
Quote jazaa100 10-11-2022 05:06 PM
Pi bod gossip lah hanatttt.....

Tepek kat CI pasai apa....
Quote Nizleen86 10-11-2022 05:33 PM
Pening tengok filter berlapis..mcm cahaya putih memancar kat mata pastu ko silau. Putih ngalahkan minah amareka.
Quote doubleharmonic 10-11-2022 06:19 PM
so sapa juri lahanat yang menghina heshe tu? betul kerr hina atau memang juri tu cakap jujur nyanyian ko hauk sumbang tapi ko jerr yang sentap hah noreennn
Quote midori888 10-11-2022 06:23 PM
Salah bod nie ..patut masuk bod gossip
Quote iolss 10-11-2022 06:27 PM
comel anak dia... tibaaaaaaa
Quote Perawankota 10-11-2022 07:25 PM
Actually dia jadi jurik best tak?
Quote batmana 10-11-2022 07:54 PM
kenapa nama dia jebat? keturunan hang jebat ke?
Quote shernazz 10-11-2022 07:58 PM
batmana replied at 10-11-2022 07:54 PM
kenapa nama dia jebat? keturunan hang jebat ke?

Bapak dia kan nama.jebat
Takkan nak.letak nama.abdullah plak..hehe..
Quote dudaberhias 10-11-2022 08:17 PM
juri mana kah??? dia hina kau ke dia cerita benda betul...

kaka lagi terasa bila ustazah kentut faraj boleh tersungkur tengok mv parah kau tu... sambil dia kemudiannya upload video kat youtube siap tunjuk bukak tutup faraj semua....
Quote cikkilata 11-11-2022 02:24 AM
Adlin kot...
Quote tobobon 11-11-2022 02:31 AM
Edited by tobobon at 11-11-2022 02:39 AM

Sheols cuma masuk AF kan? ...meols riki2 time sheols tu..jurinya hattan ngan kak ogy.. so yg manakah?


p/s inikah saatnya sheols dikomen ...hattan cakap nyanyi x boleh cari makan

[youtube]z2Zdvm8cHzY[/youtube]

Quote imransulaiman 11-11-2022 03:44 AM
Hattan ke? Tanya je...
Quote sleepandream 11-11-2022 04:17 AM
tobobon replied at 11-11-2022 02:31 AM
Sheols cuma masuk AF kan? ...meols riki2 time sheols tu..jurinya hattan ngan kak ogy.. so yg manakah ...

Hattan komen tu takde pun menghina... jauh lagi memaki....
btw AF9 dolu takde bajet ke mcm buat dalam studio astro jahhh... sooo senduuuu...

Quote Afifi82 11-11-2022 04:30 AM
Pic topi pink tu sebijik Rosnah Mat Aris muda-muda.
Quote tobobon 11-11-2022 05:49 AM
sleepandream replied at 11-11-2022 04:17 AM
Hattan komen tu takde pun menghina... jauh lagi memaki....
btw AF9 dolu takde bajet ke mcm buat ...

Sendu sebab masa tu AF di zaman kejatuhan ....so sponsorship pun dah kurang...batch lain kelas kat banglo/warehouse..depa kat rumah kaca mcm aquarium dlm shopping mall sendu jugak
Quote shiraloveyou 11-11-2022 06:45 AM
Iols ingat lagi masa tu af baru start dua tiga minggu..AJ disingkirkan dari AF lps tu ada 2 org peserta baru diserap..salah sorg peserta tu adik sheols sendiri sape ntah namanya...
Quote Minami2013 11-11-2022 06:55 AM
Bagi i komen tak pe pedas tp at the same time bgtau mcm mana nk improve. Kalo negatif memanjang mmg boleh down. Sbb dlm af tu kira mcm level pelatih.. trainees.
Quote badai 11-11-2022 07:06 AM
fauziah latif kot punya komen ...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.089495 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top