Kecoh di media sosial mengenai seorang lelaki warga emas yang uzur terpaksa dibawa masuk ke sebuah bank semata-mata untuk memperbaharui kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya.
Menurut anak kepada warga emas berkenaan, dia kesal kerana menerima layanan buruk daripada pegawai bank yang bertugas. "Kau menyusahkan satu orang tua yang tak boleh jalan. Kau bayangkan kalau orang tua tak ada keluarga macam aku, tak ada anak macam mana dia nak tukar kad untuk keluarkan duit? "Betul-betul dahsyat. Aku ini pun nasib baik ada orang tolong," luahnya menerusi beberapa siri video yang dimuat naiknya di laman sosial. Menurutnya, dia terlebih dahulu menghubungi pusat khidmat pelanggan bagi memaklumkan mengenai situasi yang dihadapi bapanya yang tidak boleh berjalan akibat strok dan bertanyakan tentang bagaimana cara untuk bapanya membuat pertukaran kad yang baharu. Menerusi panggilan ke bahagian khidmat pelanggan, wanita diberitahu supaya membawa bapanya ke premis, dan pegawai bank akan keluar untuk berurusan dengan pelanggan. Dia kemudian menghubungi cawangan bank terdekat menerusi nombor telefon yang diberikan pusat khidmat pelanggan. "Saya dah call branch tu, dia kata boleh. Datang saja, ayah tak payah keluar kereta. Kita akan uruskan penukaran kad," kata wanita itu mengimbas kembali perbualan berkenaan.
|
Orix replied at 10-11-2022 06:39 PM
apa motif apaknya masih nak memiliki / renew kad ATM kalau dah lumpuh sebegitu rupa ? anaknya tak bo ...
adiputras replied at 10-11-2022 08:53 PM
Nak masuk duit pencen kena guna akaun sendiri
iolss replied at 10-11-2022 06:31 PM
Common courtesy kot..bank pon.. habaq cawangan bank mana..mai kami bjemaah kecam.dah viral br nk ada ...
ADVERTISEMENT