CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon PH Young Syefura Keguguran, Bayi Tidak Membesar

10-11-2022 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1505| Komen: 10

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengalami keguguran ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 semalam.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan menerusi akaun Instagram berserta gambar keputusan kit ujian kehamilan berwarna hitam putih.

“Saya ingat, saya ingin umum berita kehamilan saya selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Namun ramai yang perasan serta bertanya dan kemudian mengucapkan tahniah.

“Hari ini ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-33, saya menerima berita duka bahawa saya telah disahkan keguguran,” katanya menerusi hantaran tersebut.


Foto: IG


Young Syefura juga dikenali sebagai Rara memberitahu, kandungannya tidak membesar selepas enam minggu.

“Kandungan ini sepatutnya berusia lapan minggu. Terima kasih kepada semua di atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Young Syefura masih aktif berkempen untuk PRU15 berdasarkan muat naik gambar terkini pada Facebook beliau.


]

Dalam masa sama, MCA menerusi hantaran Facebook turut berharap beliau tabah mengharungi dugaan tersebut.

“Walaupun kami berbeza pandangan politik, namun kami juga manusia. Semoga beliau tabah hati menghadapi dugaan ini,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-11-2022 04:07 PM
Fatimah Az-Zahra pun keguguran sebab pintu rumah Imam 'Ali kena tendang dengan Saidina Umar
Quote Cpkay 11-11-2022 08:41 AM
ingat single lagi Rara ni.. salam takziah
Quote venom1 11-11-2022 08:43 AM
takper muda lagi..boleh cuba lagi lepas habis PRU. Malam masih panjang
Quote dua_chzy 11-11-2022 09:34 AM
Teringat perbualan aku dengan @ipes. Baby yang gugur ni, jika survive dan lahir dengan selamat pun biasanya akan punya masalah kesihatan/hada birth defects.
Quote batmana 11-11-2022 09:46 AM
tak paham nape nama dia ada young
kalu dh tua, nk kne tukar old plak ke?

Quote epullipan 11-11-2022 09:50 AM
ni keguguran dengan laki kedua la kan..yang dengan laki lama tu xde anak eh?
Quote KamikuP 11-11-2022 10:30 AM
Tgh ngandung takleh kerja kuat sgt rahim tak kuat lagi tu.. khuenzz cuolls
Quote cmf_almondpecan 11-11-2022 10:35 AM
batmana replied at 11-11-2022 09:46 AM
tak paham nape nama dia ada young
kalu dh tua, nk kne tukar old plak ke?

Mungkin young tu sama ada macam Yong di perak, Yong Sofia misalnya, atau Yang, misalnya Yang Amri.
Quote drivethru 11-11-2022 11:04 AM
Kalau menang mesti dia ckp rezeki anak.
So..bersedia untuk kalah
Quote ainonymous 11-11-2022 11:52 AM
bila masa meh dia nikoh baru?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.064127 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top